JARANG JARANG, KADANG KADANG- TAPI ELOK LAH MENTERI KENA BERSUARA BAB FATWA-BAB BAB YANG BERKAITAN DENGAN AGAMA DAN SALAH TATACARA NI. JANGAN JADI MACAM YANG LEPAS- JANGAN KATA 5 HARI- 59 HARI DIA PEE KENDURI PUN DIA BUBUH SEBAGAI SASARAN KERJA DIA....

 

Perarakan bersenjata beri gambaran tak baik pada Islam, kata menteri agama

Na’im Mokhtar berkata, adalah lebih baik penganjur menonjolkan nilai-nilai Islam yang bersifat damai, mengajak kepada perpaduan dan kesejahteraan

Mohd Na’im Mokhtar berkata, perarakan replika bersenjata menggunakan simbol agama itu menimbulkan pelbagai persepsi dan kegelisahan masyarakat. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Perarakan membawa replika senjata dan menggunakan simbol agama adalah tidak wajar kerana ia akan memberi gambaran yang tidak baik kepada Islam serta negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar.

Na’im berkata, beliau dimaklumkan tentang program perhimpunan pemuda yang turut melibatkan perarakan menggunakan simbol Islam sehingga menimbulkan pelbagai persepsi dan kegelisahan masyarakat.

“Pada hemat saya tindakan berarak dengan kaedah tersebut adalah tidak wajar dan boleh memberikan gambaran tidak baik kepada Islam dan negara.

“Adalah lebih baik penganjur menonjolkan nilai-nilai Islam yang bersifat damai, mengajak kepada perpaduan dan kesejahteraan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan beliau itu merujuk kepada satu perbarisan dalam satu program Pemuda PAS Terengganu yang membawa replika pedang, lembing dan perisai.

Katanya, semua pihak bertanggungjawab untuk menyeru kepada keamanan dan keharmonian dalam masyarakat. Apa-apa tindakan yang boleh mengundang kegelisahan awam perlulah dielakkan sama sekali.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berpandangan perkara ini perlulah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan apa-apa tindakan berkaitan sekiranya penganjur menyalahi peraturan keselamatan negara,” katanya

Awal hari ini, tular di media sosial gambar sekumpulan lelaki dipercayai ahli PAS berarak menggunakan pedang, lembing dan perisai.

Difahamkan, perarakan itu berlaku pada Jumaat, di Setiu, Terengganu, pada acara pembukaan sempena perkumpulan Pemuda PAS negeri itu yang berlangsung selama dua hari.

Penganjur Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit 2023) berkata, peserta perbarisan itu hanya memakai pakaian seragam perang era zaman sahabat dan bagi memenuhi tema perarakan mereka.

1 comment:

Anonymous said...

Masa ramai memang nampak macam pahlawan, tapi bila tinggal sorang-sorang habis jadi pongdang