NAK PELIK APA- MEMANG DAH BANYAK YANG PELIK DAH PUN.DENAR CERITA POLIS DAH PANGGIL...KEH..KEH... .

 LATEST HEADLINESSelangor hands out RM5,000 to families of Batang 

‘Pelik la’, kata ketua Pemuda PAS lihat ahli sayap berarak guna pedang, lembing

Tular di media sosial hari ini melibatkan gambar ahli PAS berarak menggunakan pedang dan lembing di jalan awam.

Gambar dalam akaun Pemuda PAS Terengganu memaparkan ahli parti itu berarak menggunakan pedang, lembing dan perisai. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari menganggap “pelik” melihat Pemuda PAS Terengganu berarak pada satu majlis bersama pedang, lembing dan perisai.

Difahamkan, perarakan itu berlaku pada Jumaat, di Setiu, Terengganu, pada acara pembukaan sempena perkumpulan Pemuda PAS negeri itu, Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit), berlangsung selama dua hari.

Stay up-to-date by following FMT's Telegram channel

Fadhli berkata, beliau hanya dijemput pada pelancaran majlis itu dan tidak mengetahui berhubung perarakan.

“I (saya) pun tengok gambar tu (itu) pagi tadi…I tengok gambar and I pun rasa agak pelik la,” katanya kepada FMT.

“I tak ‘join’ (sertai) ‘event’ (perarakan) tu,” katanya mengulas lanjut mengenai ahli PAS berarak menggunakan pedang dan lembing.

“Tapi kalau nak tau (tahu) lebih lanjut, I think better (saya rasa lebih baik) tanya dengan Pemuda PAS Terengganu.”

FMT sudah menghubungi Ketua Pemuda PAS Terengganu Mohd Harun Esa bagi ulasan lanjut.

FMT juga cuba mendapatkan ulasan Ketua Polis Terengganu Rohaimi Md Isa sama ada perarakan seumpama itu memerlukan permit atau tidak.

Awal hari ini, tular di media sosial gambar sekumpulan lelaki dipercayai ahli PAS berarak menggunakan pedang, lembing dan perisai.

Carian dalam akaun Facebook Pemuda PAS Terengganu mendapati, terdapat gambar sekumpulan lelaki berarak bersama pedang, lembing dan perisai, sambil bendera PAS turut sama kelihatan.

Akaun sama juga turut memaparkan kehadiran Presiden PAS Abdul Hadi Awang, selain beberapa tetamu lain.

Antara aktiviti dijalankan selama dua hari itu melibatkan perlawanan bola sepak dan sepak takraw, dan konvoi bermotosikal mengibarkan bendera PAS.

Menurut laporan The Malaysian Insight, Ketua Polis Setiu Afandi Hussin dipetik sebagai berkata, anggotanya sudah menghubungi Pemuda PAS Terengganu selaku penganjur untuk tampil membantu siasatan berhubung program berkenaan.

No comments: