USAHA TELAH DIMULAKAN UNTUK MENGURANGKAN BEBAN GURU

 




Berita baik untuk para guru. Alhamdulillah, usaha telah dimulakan untuk mengurangkan beban guru. Benda yang baik, kita kena puji.


Sekarang kita tunggu reaksi PPD serta Jabatan Pendidikan Negeri. Biasanya mereka ini kreatif bab putar belit arahan.


Contoh macam pertandingan hanya yang memberi impak kepada pelajaran. Nanti tiba-tiba banyaklah pulak pertandingan yang beri impak pelajaran.


Kita tengok bagaimana respon menteri nanti. Tapi setakat yang ini, aku hargai dan ucapkan tahniah dan terima kasih buat menteri.


Namun sebagai bapa, aku masih terkilan dengan menteri bila dia berkata pendidikan kita setaraf dengan negara seperti Singapura dan Jepun.


Apa lagi kenyataan itu berdasarkan kajian dibuat oleh pegawai kementerian. Aku teringin nak lihat kajian dibuat tentang silibus pendidikan negara kita. Tapi rasanya itu takkan berlaku.


Aku masih berharap menteri akan buat satu JK yang melibatkan ibu bapa, guru, tokoh akademi dan mereka yang dirasakan perlu untuk kaji silibus pendidikan di sekolah kita.


Tak apa. Dengan apa yang berlaku ini, kita berikan masa untuk menteri lakukan sesuatu. Setidaknya sudah ada progress.


Yang baik, kita puji. Yang tak capai tahap, kita kritik. Kita kritik bukan sebab benci. Tapi sebab kita mahu yang terbaik. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.

No comments: