ISHHH...ISSSHHHH..NO...DAMPAI GITU....KUTIP SAMPAH BANYAK DAH ...

 


Amboi! Macam tu sekali cium tangan. Ada bau kari kelah tak tu? Hahaha...


Kesian jugak PAS ni. Dah macam pipi tak mancung, hidung tersorong-sorong (aku tau terbalik - sengaja) lagaknya. Punya gilakan KJ, orang tu belum hantar borang pun dah nak pertimbang beri kerusi.


Seingat aku, masa bermusuh dulu, macam-macam yang PAS kutuk KJ. Ada yang siap share gambar tak elok pasal KJ. Kalau baca, kadang rasa macam KJ dah confirm ahli neraka dah masa tu.


Tiba-tiba KJ jadi pujaan hati pulak ye? Mungkinkah KJ dah sampai taraf wali sekarang ni? Pengajaran untuk PAS. Lain kali jangan syok sangat keji orang. Satu hari nanti terhegeh-hegeh nakkan orang tu.


Apa pun, ini bukti yang PAS ketandusan pemimpin muda. Cuba tengok PH. Langsung tak pandang pun KJ. Sebab PH ada barisan pemimpin muda yang sedia galas tanggungjawab.


Tapi tidak bagi PAS. Mereka terpaksa tebalkan muka mengharap cinta dibalas oleh KJ sebab tiada pemimpin muda yang mereka boleh harapkan. Yang adapun jenis pandai buat kelakar je.


Untuk KJ, boleh je nak try join PAS. Tapi janganlah harap dapat jawatan tertinggi. Sebab jawatan tu cuma untuk lebai. Dulu PAS pernah buang setandan pemimpin hebat, hanya kerana mereka bukan ustaz. Kalau KJ cuba nak duduk jawatan tertinggi, sedia untuk dibuang sekali lagi.


PAS-KJ mungkin kombinasi hebat. Teringin juga aku nak tengok KJ bergelar ustaz. Al-Fadhil Ustaz Tuan Guru KJ. Mungkin KJ pun dah boleh belajar keluarkan dalil. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.