SOALAN BALAS UNTUK MENTERI BESAR TERENGGANU.

 

SOALAN BALAS UNTUK MENTERI BESAR TERENGGANU.

14 Januari 2023

1. Baru baru ini, dalam satu majlis dialog Menteri Besar Terengganu mempersoalkan kononnya sudah dua bulan menjadi Kerajaan tetapi Dato' Sri Anwar tidak memanggil mesyuarat dengan Kerajaan Negeri melibatkan menteri menteri besar.

2. Samsuri turut mempersoalkan "apa yang Dato Seri Anwar buat?" pada 2 bulan tersebut.

3. Sebagai permulaan saya ingin mengingatkan Samsuri, kerajaan gagal PN sebelum ini yang turut dianggotai oleh PAS telah meninggalkan banyak masalah liabiliti termasuk berkaitan persoalan perbelanjaan negara semasa COVID 19, hutang negara yang melambung tinggi, kontrak mencurigakan dan harga barang keperluan yang amat tinggi.

4. Kerajaan PN yang mempunyai lebih 70 orang menteri serta timbalan meninggalkan begitu banyak masalah yang diwarisi oleh kepimpinan DS Anwar Ibrahim dari 2 kerajaan gagal Mahyuddin dan Ismail Sabri yang dianggotai oleh PAS.

5. Dalam masa yang sama juga Perdana Menteri terpaksa bergelut menghadapi situasi banjir buruk seluruh negara dan di atas rasa prihatin beliau tidak sempat bercuti pun walau ke negara dekat seperti negara New Zealand.

6. Kalau Samsuri ingin tahu apa yang DS Anwar buat dalam 2 bulan selepas menjadi ketua negara, kami juga ingin bertanya apa yang Samsuri lakukan selama hampir 5 tahun menjadi ketua negeri Terengganu Darul Iman?

7. Sejak 5 tahun jadi Menteri Besar Terengganu, nasib 120 pembeli rumah terbengkalai di Gong Chempedak di kawasan DUN Rhu Rendang disandang Samsuri sendiri tidak diselesaikan, mereka tidak pernah menerima jawapan dari 4 pucuk surat aduan kepada MB malah tidak dapat bertemu MB.

8. Janji Exco Perumahan untuk kerja di mulakan semula selepas Raya telah menyaksikan 3 kali raya puasa berlalu tanpa tindakan. Apa yang MB buat?

9. Apabila kawasan Kuala Nerus dan Kuala Terengganu terputus bekalan air begitu lama, hampir satu minggu baru Samsuri pulang ke Terengganu menjenguk kawasan bermasalah. Apa yang Samsuri buat luar Terengganu?

10. Selepas 5 tahun PAS menjadi Kerajaan, Terengganu masih tidak ada peningkatan dilihat dalam menangani masalah dadah di mana Terengganu masih kekal di antara negeri tertinggi penagih dadah di Malaysia. Satu sahaja pusat pemulihan dadah kerajaan sementara negeri negeri jiran mempunyai beberapa pusat pemulihan. Apa Samsuri buat selama ini?

11. Apabila penduduk miskin kampung Pulau Sekati di tengah tengah bandar Kuala Terengganu di tolak permohonan tanah ganti tempat tinggal tanah asal mereka yang diambil, kerajaan negeri dipercayai melulus tanah bernilai puluhan juta kepada tokey judi untuk Hotel mewah di Teluk Keke di Pulau Perhentian. Betulkah ini boleh terjadi?

12. Apakah Samsuri sanggup buat sedemikian meluluskan permintaan peniaga luar yang kaya dan tidak untuk orang miskin Terengganu di Pulau Sekati?

13. Selepas 5 tahun jadi Menteri Besar, pendapatan hasil negeri Terengganu masih kekal tahap lama sekitar RM330 juta setahun serta masih tidak ada peningkatan dan hampir tidak cukup untuk membayar gaji dan pentadbiran bulanan negeri. Apa yang Samsuri buat dalam masa 5 tahun?

14. Kalau Samsuri ingin bertanya apa Anwar Ibrahim lakukan dalam 2 bulan setelah jadi Perdana Menteri, rakyat juga ingin tahu apa yang beliau buat selama hampir 5 tahun jadi Menteri Besar.

15. Dua bulan nyata jauh lagi pendek dari lima tahun tempoh Samsuri jadi Menteri Besar Terengganu.

Mohon jawapan.

RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH

Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu.

 

No comments: