R E F O R M A S I !!! R E F O R M A S I !!!- TAMBRIN TUN GHAFAR

 

R E F O R M A S I !!!

R E F O R M A S I  !!!

 

Tamrin   Tun  Ghafar

 

Ahad -  25/12/2022

( 1 -  27 )

 

 

1.   Sebagai  sahabat  lama ,  bermula  dengan  membantu  memenangkan  beliau  sebagai  Ketua  Pemuda  UMNO  Malaysia  dengan  menewaskan  Hj. Suhaimi  Kamaruddin  pada  tahun  1982

 

2.  Dr. Mahathir ,  ketika  itu  Perdana  Menteri   memberi  sokongan  kuat  justeru  memberi  perangsang   kepada kami  memenangkan  beliau  walaupun  akhirnya  menang dengan 10 undi

 

3.  Saya  tumpang  gembira  melihat  beliau akhirnya   berjaya juga  mencapai  cita - cita  nya   apabila disahkan  oleh  majoriti  Ahli Parlimen  sebagai  Perdana  Menteri  ke10

 

4.  Ayah  kami ,  Tun Abdul  Ghafar Baba  ( Alfatihah di baca )   yang  dipertanggung  jawabkan  oleh  Dr. Mahathir ketika itu  menentukan  keahlian  Anwar  sebagai  Ahli  UMNO  bagi  membolehkan  beliau  bertanding  Pilihanraya   di'backdated' kan ,  akhirnya  TERPAKSA  mengalah  dengan  melepaskan  semua jawatan  bagi  memberi jalan kepada  Anwar  dilantik  sebagai  Timbalan  Presiden  UMNO  dan  Timbalan  Perdana  Menteri

 

5.   Tindakan  arwah  menarik  diri  dari  semua  jawatan  tersebut  kerana bagi  mengelakan  UMNO ,  Parti  Melayu  yang  disertai dan dicintai nya sejak 1951  berpecah  selain  dari  tidak  berkemampuan   wang ringgit

 

6.  Sama ada  secara  kebetulan  atau  hukum  ALLAH  SWT ,  jika dibuat kajian  ,  UMNO  mula  bergolak  sehingga  ke hari ini  selepas  arwah  TERPAKSA   letak semua  jawatan ,  Wallahulam  !!

 

7.   Walau apapun  terjadi ,  sebagai  pengamal  politik  yang  berpegang  kepada  konsep demokrasi ,  ikhlas  dinyatakan   sehingga kini  saya  tidak  pernah  menyimpan  dendam  samada kepada  beliau  mahupun  kepada  Tun Dr. Mahathir  yang  dilihat  ketika itu memimpin  Anwar  sebagai  orang  no.2 nya

 

8.   Semoga  segala  perjuangan  dan  pengorbanan  arwah   yang  lebih  dikenali  sebagai  Chegu  Ghafar  atau  Che' Ghafar   di Rahmati ALLAH  SWT ,  dan  pada masa  sama  kita  doakan  Anwar  sebagai  Perdana  Menteri yang baru  akan  melakukan  yang terbaik  terutama untuk  bangsa  yang  masih  mundur  dan  negara  yang  sedang  di bebani  hutang yang  mengerunkan

 

9.  Tulisan  saya pada  hari  Khamis  29hb November 2022 

( tamrintunghafar.

blogspot.com )  bertajuk  

 

TAHNIAH  ANWAR

 

SEMOGA   PAHAT

TIDAK  BERBUNYI

LAGI

 

Rupa - rupanya   'dentuman' pahat  tersebut  makin hari  makin kuat ;  boleh  kedengaran  dimana  -  mana  saja

 

10.   Kita bukan sahaja  patut  beri peluang  malah  perlu  sama - sama  membantu   dalam usaha  murni  beliau  membangunkan    negara  agar  dihormati  semula  seperti disatu ketika  di zaman  Dr. Mahathir  dulu  apabila  Malaysia  digelar

 

     THE  ASIAN  TIGER

 

11.   Jika  Germany  dan  Jepun hancur  semasa  Perang  Dunia  dulu  dan  Vietnam  pula  di musnahkan  tentera  Perancis dan  kemudian nya  tentera  Amerika Syarikat boleh  bangkit semula  sebagai  negara  maju  dan dihormati ,  maka  TIDAK  MUSTAHIL  kita  juga  boleh lakukan  sedemikian dengan  beberapa  syarat  :

 

i.   Menghapuskan  segala  bentuk  'ketirisan'   wang  negara

 

ii.  Memerangi  rasuah  habis -  habisan    TANPA  pilih bulu ;  kawan  atau  lawan

 

iii.   Mengenepikan  segala  perbalahan

 

iv.   Bersatu  dan  menyokong  segala  usaha  yang  baik untuk  negara dan rakyat

 

12.  Anwar ,  Menteri - Menteri  dan  'orang - orang  sekeliling'   beliau   harus  menerima  pandangan  yang  mungkin tidak  digemari  dan  kritikan  dengan  hati terbuka  BUKAN   memandang  rendah , mendendami  atau  'cop'   mereka samada  dari kawan atau lawan 

 

13.  Melalui   'PUISI'  teguran  Hassan  Karim ,  Ahli Parlimen  Pasir  Gudang , Johor  dari  PKR  yang  juga  merupakan  sahabat  karib  Anwar  harus  diberi perhatian  serius  kerana walaupun  kritikan nya terhadap  Anwar  itu  sinis  dan  tajam  namun ia adalah  luahan  yang  BERASAS ;  disertakan  ketiga - tiga   PUISI  tersebut  untuk  ditatap  bersama  :

 

i.   KU SIMPAN  

     RISALAH  

     REFORMASI

     DI  DALAM  PETI

 

ii.  KUASA  

     MENGUBAH

     SEGALA - 

     GALA NYA

 

iii. SATU  DEKLARASI

 

14.  Kerajaan  yang  BAIK  ialah  Kerajaan  yang  selalu  bersedia  mendengar nasihat ,    pandangan ,  kritikan dan teguran  dari rakyat   BUKAN ( BUKAN )  menggunakan  undang - undang  bagi  melenyapkan  ,  menakut  dan  menekan  

 

15.   Apakah  mengekalkan  SOSMA   atau  mana - mana undang  yang  boleh  digunakan  bagi  menekan  rakyat yang  membuat  teguran  sebahagian  dari  perjuangan

R E F O R M A S I  ? yang  PKR , kini  PH  BERJANJI  akan  menghapuskan  segala  undang - undang  yang  MENINDAS ?

 

16.  Di negara - negara lain Kerajaan  mereka  mengambil  pendekatan  berbeza dengan  negara kita tapi  masih boleh  mengawal  keadaan

 

17.   Rakyat  MENYOKONG  PH   kerana  SEGALA  yang  di janjikan  sebelum  dan  semasa  berkempen  baru - baru ini  namun  setelah  berkuasa  Kerajaan  MELAKUKAN  sebalik nya ;  jika  Kerajaan Anwar  terikut - ikut 'SINDROM  PENAFIAN'   yang  di praktikkan  UMNO  ,  berkemungkinan  ia  tidak  akan  bertahan   lama 

 

18.   Yang  paling penting  bagi Zahid  ialah beliau  TIDAK  DI PENJARAKAN  seperti  Najib  atas  47  tuduhan  yang  sedang  dibicarakan

 

19.  Anwar  mempunyai  seekor  penyengat  atau  tebuan  didalam  bilik tidurnya yang  boleh  menyerang  beliau  pada  bila - bila masa sahaja

 

20.  Lupakah  kita  bagaimana  Zahid  membelasah  Ahmad  Bazli di satu ketika  dahulu  ( sila  lihat  lampiran )  begitu  juga  perlantikan  semula Ahmad  Jazlan Yaakub  , pengampu  utama  beliau  di Kelantan  sebagai  Pengurusi  Felcra  sedangkan  Kabinet  yang beliau turut hadir  MEMBATALKAN  semua  perlantikan  politik  GLC  dan  anak - anak  syarikat nya

 

21.  Kita  puji  tindakan  Anwar  membatalkan  perlantikan itu  yang  di umumkan  Zahid

 

22.  Selain dari  perlantikan  Zahid  yang  perlu dilakukan  bagi  mendapat  sokongan 30  Ahli  Parlimen   UMNO/BN walaupun  Anwar  dan Timbalan nya ,  Rafizi  , menegaskan  NO  UMNO  dan  NO  Zahid dan  Perhimpunan UMNO  ( PAU )  pula  menolak  PKR Anwar dan DAP rakyat  perlu  diberi pejelasan  berhubung  perlantikan  Zafrul  sedangkan  Anwar  BERJANJI   tidak  akan  melantiknya  sebagai Menteri 

 

23.  Berbagai  spekulasi  kedengaran  ,  mereka  MAHu  penjelasan  sebenar  mengapa  Zafrul diberi jawatan  Menteri  sedangkan   Dr.  Zulkify  Ahmad  mantan Menteri  Kesihatan  ditinggalkan  begitu  saja 

 

 

24. YANG  MENANG 

DITINGGALKAN

YANG  KALAH

DIBERI  JAWATAN

 

25.  Jika  Zafrul   SANGAT diperlukan  kerana  ' 'kehebatan'  beliau  mentadbir urus  Kewangan  Negara  ,  mengapa  pindahkan  beliau  ke Kementerian  lain -  sebenarnya  beliau sebagai  Menteri  Kewangan   GAGAL  

 

26.  BAGI  MEMAJUKAN  NEGARA  DAN  RAKYAT ,  ANWAR  HARUS  PUNYAI  PASUKAN  KABINET  YANG   LEBIH HEBAT , YANG  BOLEH  BERFIKIR , BUKAN  'YES MAN'  DAN  BUKAN  

DI BELENGGU  DENGAN   KEHADIRAN  ZAHID  DAN  ZAFRUL  YANG  DI BENCI  UMUM

 

27.   Rakyat  akan  lebih  jelas  jika  sekiranya  PKR  atau  PH  BOLEH  menyenaraikan  

R E F O R M A S I   yang  diperjuangkan

 

 

Wassalam

Terima  Kasih

By Tamrin Tun Ghafar Tamrin Ghafar at December 24, 2022 No comments: 

 

No comments: