Malaysia di persimpangan: Perkasakan mesej politik yang merangkumi semua



 Kita semua bertanggungjawab dalam membantu untuk melahirkan sebuah negara yang boleh dibanggakan oleh kita semua berbanding kembali kepada politik zaman dahulu

By

 Christopher Chong

DR WONG SOAK KOON/ALIRAN

Keputusan pilihan raya umum baru-baru ini menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia sangat berpecah-belah dalam mencapai wawasan bagi negara.

Ada yang melihat masyarakat kita melalui kaca mata perkauman dan agama yang eksklusif manakala ada yang lain mencari masyarakat yang lebih merangkumi semua serta mengiktiraf kerencaman yang membentuk negara kita.

Perpecahan ini terbukti di ruang awam semasa tempoh kempen pilihan raya sehinggalah apabila Anwar Ibrahim akhirnya menjadi Perdana Menteri.

Isu perkauman dan agama berasaskan kebencian dan kepalsuan merebak seperti api di media sosial, terutamanya TikTok.

Apa yang membimbangkan ialah bagaimana ramai yang menularkan mesej sebegitu adalah di kalangan pengundi kali pertama yang kemudian mengundi mereka yang menggalakkan pandangan yang memecahkan. Penyampaian isu yang sedemikian mengingatkan akan politik lama oleh Umno yang buruk, yang memanfaatkan kawalan media untuk tujuan tersebut.

Arus sebegini cukup membimbangkan kerana walaupun para pengundi mungkin telah menolak Umno, mesej perpecahan sebegini masih dipercayai sebilangan besar orang, terutamanya di kalangan golongan muda.

Negara kini berada di persimpangan di antara memilih untuk kembali kepada politik lama buruk itu yang diamalkan Umno, walaupun dengan actor politik yang baru, atau memilih politik baru yang mengutamakan keterangkuman, keadilan dan demokrasi.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

Atas sebab inilah kita mesti memperkasakan mesej politik baru ini di ruang awam (terutamanya melalui media sosial) dan menggesa atau menuntut agar kerajaan gabungan Anwar untuk memperkenalkan dasar yang membawa politik baharu dalam negara.

Kita tidak mampu menanggung masyarakat yang berpecah belah dalam menghadapi pelbagai cabaran yang akan dihadapi oleh negara. Kita semua bertanggungjawab bagi membantu usaha melahirkan sebuah negara yang boleh dibanggakan oleh kita semua daripada kembali kepada politik zaman dahulu. Pilihan ini terlalu mengerikan untuk kita bayangkan.

READ MORE:  As reformist-led government takes shape, Aliran holds annual meeting with renewed hope

 

Aliran mengucapkan selamat berbahagia kepada semua pembaca kami yang menyambut Krismas yang cukup bermakna. Dalam kita meraikannya, marilah kita juga mendekati mereka yang kurang bernasib baik serta terpinggir dengan menghulurkan apa sahaja bantuan yang kita boleh kepada mereka.

Marilah kita juga mengambil kesempatan ini untuk membina jambatan dan menyebarkan kegembiraan dan muhibah di kalangan sesama manusia, tanpa mengira bangsa, agama atau kewarganegaraan mereka.

Chris Chong
Editor bersama, surat berita Aliran
22 Disember 2022

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

No comments: