FITNAH YANG MEMBINASAKAN




 HUSAM MUSA

Allah melarang perbuatan fitnah kerana kesannya yg sangat buruk ke atas mangsa fitnah.

Fitnah bermula di akhir tahun 2012 apabila menjelang PRU 2013; seorang blogger di blognya; pisau.net menulis mendakwa AlMarhum Tok Guru Nik Aziz memberikan tanah 10,000 ekar kepada cina DAP kerana membalas jasa DAP memberikan jawatan Menteri Besar Perak kepada Dato' Seri Nizar.

Tulisan ini tidak benar dan fitnah kerana tanah itu bukan diberikan kepada mereka akan tetapi mereka telah membeli hak pajakan tanah tersebut dari satu syarikat lain yg mendapat pajakan tanah itu. Syarikat yang mendapat pajakan asal itu sepatutnya mengusahakan tanah tersebut akan tetapi telah terbengkalai bertahun hingga pemimpin DAP berkenaan membelinya. Urusniaga adalah antara kedua syarikat itu dan diselesaikan dikalangan mereka.

Saya semasa itu diarahkan oleh AlMarhum Tok Guru Nik Aziz untuk mewakili AlMarhum Tok Guru Nik Aziz menyaman pihak-pihak yg menulis dan menyiarkan tulisan itu.

Kes telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi Malaya di Kota Bharu akhirnya selesai (Kes No. MT(2) 23-NCVC-3-03/2013) dimana penulis dan penyiar menarik balik artikel itu dan sejumlah gantirugi dibayar kepada AlMarhum Tok Guru Nik Aziz.

Tapi yang sedihnya sehari dua ini saya masih mendengar orang bercakap hal ini; Cina DAP dapat tanah 10,000 ekar sebab orang tertentu beri sebagai balasan jawatan MB Perak yang diberikan kepada Dato' Seri Nizar.

Malah fitnah ini dihidupkan semula sehari dua ini dengan ulamak Pas sendiri pula yang menyebarnya.

Lebih jauh lagi cuba dikaitkan pula nama Datuk Husam Musa sebagai orang yg mempengaruhi AlMarhum Tok Guru untuk memberi tanah itu. Dituduh juga Husam mengubah minit mesyuarat exco.

Ini semua fitnah dan Tok Guru Nik Aziz sudah meninggal dunia. Tak tahulah mereka yg masih dok bawa cerita ni nak minta maaf macamana dgn AlMarhum Tok Guru Nik Aziz.