KEH...KEH...NUSI ....NUSI ..BUAT APA MUNG CAKAP GITEW...NETIZEN HENTAM KAMU SAMPAI KOYAK KE ? ALAAAA...SIKIT JA TU....SABAR LA...NANTI KITA GHENTAM LAGI KAW KAW YA

 

Banjir Baling: "Tunggu laporan agensi, saya bukan ketua kerajaan netizen" - MB Kedah



Abd Hadi Che Awang
Banjir Baling: "Tunggu laporan agensi, saya bukan ketua kerajaan netizen" - MB Kedah
Muhammad Sanusi tidak akan buat rumusan tanpa fakta yang akan dikemukakan oleh jabatan-jabatan yang berkemahiran. - Gambar Astro AWANI
ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah akan menunggu laporan terperinci daripada agensi-agensi berkaitan termasuk Jabatan Perhutanan Negeri dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) sebelum membuat sebarang rumusan berkaitan punca sebenar yang menyebabkan tragedi banjir dan kepala air yang berlaku di Kupang, Baling pada 4 Julai lepas.
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pihaknya memberikan ruang masa yang secukupnya kepada agensi-agensi yang terlibat dalam menyiapkan laporan berkenaan mengikut kepakaran dan kemahiran masing-masing.
Dalam masa sama, Muhammad Sanusi menegaskan tidak akan sesekali menuruti desakan sesetengah pihak terutama 'netizen' untuk segera merumuskan punca tragedi berkenaan agar tidak bertentangan dengan laporan akhir yang akan dikeluarkan kelak.

 Tegas Muhammad Sanusi, beliau tidak boleh sesekali membuat rumusan tanpa fakta terutama berhubung desakan netizen yang menggesa beliau membuat kesimpulan bahawa projek tanaman durian Musang King merupakan penyebab tragedi berkenaan.
Dalam masa sama, kata Muhammad Sanusi, beliau tidak boleh sesekali mendahului jabatan dan agensi, tiba-tiba dapatan-jabatan dan agensi berbeza yang akan mengemukakan laporan berdasarkan penilaian teliti.
"Saya tidak boleh buat rumusan sendiri… sebab sebagai ketua kerajaan saya kena dengar laporan daripada jabatan dan agensi yang ada kepakaran khusus dalam bidang berkaitan.
"Saya tidak boleh pakai jabatan netizen punya pandangan sebagai ketua kerajaan. Itu ketua-ketua netizen kena pakai, jadi terpulanglah siapa nak jadi ketua netizen… kerajaan netizen boleh pakailah, saya tak boleh, saya kena pakai (laporan) daripada Jabatan Geosains, JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran), Jabatan Perhutanan, Jabatan Alam Sekitar. Semua jabatan tu kena ada 'conclusion' (rumusan), barulah kerajaan ini bergerak atas dasar yang betul," kata beliau.
Menteri Besar berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Kolaborasi Inisiatif Kulim Smart Parking antara Majlis Perbandaran Kulim dan Haitech Padu Bhd di Wisma Darul Aman di sini, pada Rabu.
Minggu lalu, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, tiada keperluan untuk mengadakan Suruhanjaya Siasatan Awam bagi mengenal pasti punca kejadian banjir dan fenomena kepala air yang berlaku di beberapa buah kampung di Baling
Beliau berkata, pelbagai jabatan teknikal yang berkaitan sedang membuat siasatan berhubung perkara itu dan akan membuat 'kesimpulan' serta menentukan punca tragedi itu.
Terdahulu, Muhammad Sanusi memaklumkan kerajaan negeri akan mengarahkan Jabatan Perhutanan Negeri itu bagi melakukan penilaian berhubung kesesuaian dan risiko pembinaan tandak-tandak takungan air di kawasan Gunung Inas.
Tambahnya, ketika ini tidak dapat dipastikan sama ada tandak-tandak yang dibina itu berisiko dan menjadi punca berlakunya bencana banjir dan kepala air ke kawasan penduduk.

No comments: