SIAPA LA YANG JADI PM MASA 2013 NI...GAMAKNYA DIA NAK GADAI SEMUA KOT...

 

Jabatan Peguam Negara teliti laporan waris Sulu rampas anak syarikat Petronas






Peguam Negara Idrus Harun berkata pihaknya sudah maklum dan sedang meneliti perkara itu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Peguam Negara Idrus Harun berkata beliau maklum dengan laporan waris kesultanan Sulu merampas dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan yang dikatakan menuntut RM62.59 bilion daripada kerajaan Malaysia.

“AGC (Jabatan Peguam Negara) telah dimaklumkan dan sedang meneliti perkara ini,” katanya kepada FMT.

Peguam pihak yang menuntut dilaporkan merampas aset Petronas didaftarkan di Luxembourg, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, menurut Financial Times.

Laporan itu menyebut, langkah merampas Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus itu adalah sebahagian daripada tindakan undang-undang dikemukakan pada 2017 oleh waris Sulu untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah yang didakwa dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.

Akhbar harian itu melaporkan, peguam berkenaan di Luxembourg merampas syarikat induk yang dianggarkan bernilai lebih RM8.87 bilion bagi pihak pelanggan mereka, pada Isnin.

Sementara itu, peguam Haniff Khatri Abdulla meminta Idris segera mengeluarkan kenyataan rasmi dan memberi penjelasan berhubung laporan Financial Times itu.

Katanya, peguam negara gagal mengeluarkan sebarang kenyataan sejak lebih empat bulan lalu selepas beliau menulis supaya Idrus memberikan penjelasan mengenai isu tuntutan berkenaan.

“Ianya teramat penting demi Malaysia supaya Idrus dengan segera mengeluarkan satu kenyataan rasmi dengan penjelasan lengkap dan jelas berhubung perkara berikut untuk kefahaman semua pihak di negara ini dan juga untuk fahaman pihak antarabangsa.

“Penjelasan itu termasuk apakah langkah perundangan yang telah dan sedang diambil oleh AGC Malaysia sama ada secara sendiri mahupun secara bersama dengan pihak Petronas,” katanya di Facebook.

Beliau berkata, Idrus perlu menjelaskan apakah kedudukan prosiding atau keputusan muktamad berhubung permohonan untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu di Mahkamah Tinggi Madrid, Sepanyol, yang mana pada 29 Jun 2021, Malaysia memperoleh perintah pembatalan serahan notis bawah prosiding pelantikan penimbangtara bagi maksud tuntutan tersebut.

“Apakah kedudukan prosiding atau keputusan muktamad berhubung permohonan untuk rayuan penuh di Mahkamah Rayuan Paris terhadap perintah ‘exequatur’ dari Tribunal de Grande Instance di Paris yang telah mengiktiraf awad asal bidang kuasa yang dikeluarkan oleh timbangtara Dr Stampa pada 25 Mei 2020 yang telah memihak kepada waris kesultanan Sulu,” katanya.


No comments: