PENGANALISIS CAP AYAM: SATU JAH NAK CAKAP...KORAK MUNG

 



Aku suka betul kalau ada komen pakar yang begini. Sebab ini akan menjadi bukti yang bukan semua pakar itu pandai berfikir.

Macamana dia boleh kata gaji RM1,200 tak cukup kerana sikap boros? Apakah dengan belanja barang keperluan itu boleh dikata boros?

Lama sebelum harga barangan naik pun, rakyat dah sedia terbeban dengan banyak kos yang tidak perlu.

Contoh dalam hal sekolah anak. Kalau di Johor, kena ada 3 baju. Baju sekolah biasa, baju sukan dan baju KRMJ.

Apa faedah sampai nak tiga baju? Tak bolehkah pakai uniform biasa saja? Tak pasal pasal ibu bapa terpaksa berbelanja lebih.

Kemudian ada pula subjek yang murid kena bawa barang ke sekolah. Konon barang terpakai tapi kena beli juga. Takkan mak bapak nak biar anak-anak selongkar tong sampah pula untuk ke sekolah?

Itu belum cerita yuran PIBG yang kononnya telah ditiadakan, harga makanan di kantin yang semakin hari semakin mahal dan sebagainya.

Ditambah pula dengan pinjaman rumah yang cukup zalim. Pihak bank dibiarkan mengambil untung yang berganda. Rakyat ditindas.

Harga kereta pula tiga kali ganda lebih mahal dari luar negara. Kalau kereta import lain hal. Ini Proton dan Perodua pun kena juga cukai import 300%. Apa kes?

Kalau aku nak senarai beban yang ditanggung oleh rakyat kerana kebodohan dan kezaliman kerajaan, boleh penuh satu kertas kajang.

Jadi pakar ini cerita apa sebenarnya? Dia yang tak faham kesusahan rakyat, tapi demi bodek, dia cuba tala kesalahan kepada rakyat.

Untuk pakar setengah masak begini, aku suka kalau dia cuba hidup dengan gaji RM1,200 sebulan selama 6 bulan. Cuba sewa rumah, pergi dan balik kerja dengan LRT dan buat semua rutin marhaen.

Lepas itu kita tengok, adakah nadanya masih lagi sama. Atau dia pun nak kata dirinya boros juga? Guane boh?

Raja Gelap

 

No comments: