ALAHAI MASA KERAJAAN MELAYU ISLE NI DIAM BELAKO ADIK KAKAK WALAUNCAI...SEBABNYA DEME TAK TAHU KENAPE JADI BEGITU...BUAT BUAT TAK TAHU...PENYAMUN DIKALANGAN MEREKE GAMAKNYE...

 

Tindakan kerajaan tangani isu rampasan dua aset Petronas dipersoal



Sinar Harian
Tindakan kerajaan tangani isu rampasan dua aset Petronas dipersoal
Nik Nazmi juga membidas bekas Najib yang terus menyalahkan Pakatan Harapan dalam isu tersebut.
SHAH ALAM: Ketua Setiausaha Pengelola Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad mempersoalkan tindakan kerajaan dalam menangani isu dua anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas) yang dirampas waris kesultanan Sulu.
Menurutnya, tindakan segera perlu diambil oleh kerajaan kerana isu tersebut telah mencemarkan kedaulatan negara.
"Mengapa tidak ada injunksi atau perintah sekatan yang difailkan terhadap pewaris kesultanan Sulu yang dikatakan melakukan tindakan undang-undang yang tidak berasas?

 "Apa yang telah dilakukan Peguam Negara dan kerajaan setelah perintah timbang tara diperoleh? Apakah yang telah dilakukan untuk mengetepikan perintah timbang tara itu?
"Sekiranya ia dibiarkan, satu lagi aset negara akan hilang dan ia juga jelas mencemarkan kedaulatan negara," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Waris Sultan Sulu sebelum ini menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) dari Malaysia melalui satu prosiding timbang tara antarabangsa di Madrid, Sepanyol.
Berdasarkan laporan Financial Times yang berpangkalan di London, pasukan peguam penuntut merampas dua anak syarikat milik Petronas yang diperbadankan di Luxemborg iaitu Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus yang dianggarkan bernilai AS$2 bilion (RM8.9 bilion).
Ia juga adalah sebahagian daripada tindakan undang-undang dikemukakan pada tahun 2017 oleh waris Sulu untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah yang didakwa dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.
Petronas dalam satu kenyataan pada Selasa mengesahkan rampasan tersebut, namun menegaskan telah melupuskan semua aset di Republik Azerbaijan dan hasil dari pelupusan ini telah dipulangkan dengan sewajarnya.
Petronas juga menganggap tindakan yang diambil terhadapnya sebagai tidak berasas dan akan terus mempertahan kedudukan Petronas dari segi undang-undang dalam hal tersebut.
Dalam masa sama, beliau juga membidas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang terus menyalahkan Pakatan Harapan dalam isu tersebut.
"UMNO sebahagian daripada kerajaan hari ini. Malah, Perdana Menteri juga daripada UMNO.
"Kita jangan lupa, insiden pemberhentian bayaran pajakan RM5,300 setahun berlaku pada 2013, ketika UMNO menerajui kerajaan. Siapa lagi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu jika bukan Najib?
"Adalah lebih baik beliau menasihatkan Perdana Menteri untuk mengambil tindakan segera," katanya. - Sinar Harian


No comments: