Exco Kedah disiasat SPRM, kerajaan negeri jangan membisu.


 Exco Kedah disiasat SPRM, kerajaan negeri jangan membisu

Tiada siapa pun yang akan dikira bersalah selagi ianya tidak dijatuhkan hukuman oleh mahkamah dan begitu jugalah polemik yang sedang berlaku dalam pimpinan kerajaan negeri Kedah dibawah pimpinan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. 

Malah setelah dua tahun mentadbir negeri Kedah jari masih menunding kepada pimpinan kerajaan negeri terdahulu seolah-olah hanya tahu mencari kesalahan pihak lain umpama kuman di seberang laut jelas kelihatan, sedangkan kuman di hadapan mata pura-pura tidak nampak. 

Adun Kubang Rotan, Asmirul Anuar Aris turut mempersoalkan sekiranya MB Kedah, cakna dengan sebarang salah laku, adalah lebih baik bagi beliau membuat kenyataan akhbar menafikan wujudnya sebarang salah laku Exco Kedah terbabit dengan terus memberikan kerjasama sebaik-baiknya kepada SPRM menjalankan siasatan, apatah lagi mendedahkan nama Exco terlibat. 

Exco Kedah disiasat SPRM, kerajaan negeri jangan membisu
Adun Kubang Rotan, Asmirul Anuar Aris

“Adalah lebih baik bagi MB menyahut seruan ini ketika rakyat Kedah hangat memperkatakan isu Exco terbabit dan beliau harus berani menyatakan kebenaran. 

” Tidak salah sekurangnya sebagai contoh dizahirkan bahawa pesalah tidak akan dilindungi dan Exco berkenaan akan digantung tugas sehingga segala siasatan selesai dijalankan. 

” Ataupun beranikah dinyatakan oleh MB bahawa Exco terbabit tidak dibenarkan masuk ke pejabat untuk meneruskan tugas supaya ia bukan hanya setakat berdegar pada orang lain, sebaliknya diam menikus apabila masalah tersebut berada di hadapan mata,” ujar Asmirul yang juga merupakan Setiausaha AMANAH negeri Kedah melalui laman facebook beliau. 


No comments: