CERITA DARI NEGERI THOIF HARI INI, PENCURIAN BALAK



DILAPORKAN telah berlaku pencurian balak dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Nenggeri dalam negeri Thoif, Kelantan Darul Naim. Balak-balak itu yang sudah siap dipotong di susun di matau, belum sempat dibawa keluar.

Katanya balak bernilai 5,000 tan dengan anggaran RM5 juta itu sudah disita oleh Skud Khas Jabatan Perhutan Semenanjung Malaysia hari ini. Penyitaan ini sudah tentu ada unsur haram disebalik penebangannya.

Pendedahan mengenai kewujudan balak yang sudah dipotong dan disusun itu dibuat semalam oleh pengerusi SaveKelantan Husam Musa dalam media sosialnya.

Kes balak ini suatu lagi kelemahan dan penyelewengan berlaku di negeri Kelantan. Balak yang dicuri itu dikatakan dalam kompartmen 26 yang berkedudukan disebelah enam kompartmen yang diberikan konsensi kepada syarikat bernama Daulah Najah.

Apakah pencurian itu dilakukan oleh syarikat yang mendapat konsensisi itu? Atau pun pihak lain yang dibenarkan untuk mencuri? Apa yang orang ingin tahu sekarang ini siapakah empunya syarikat Daulah Najah itu? Khabarnya dalam syarikat berkenaan terdapat dua orang anggota Exco kerajaan Kelantan yang menjadi ahli Lembaga Pengarahnya.

Kalau benar, siapakah dua Exco berkenaan? Mungkin esok atau lusa akan terdedahlah kedua nama Exco berkenaan. Carian dokumen berhubung butiran syarikat Daulah Najah itu sedang dikendap (diusahakan) di tong-tong sampah di sekitar Kota Bharu. Katanya sudah berlaku pembuangan, nyah hapus dokumen kerajaan negeri akhir-akhir ini. Ada dokumen penting dijumpai dalam tong sampah.

Carian dengan SSM juga sedang giat dilakukan. Cuma apa diperlukan kita nama dan butiran peribadi Exco berkenaan sahaja lagi. Kita nak tengok muka mereka macam mana.

Ia bukan apa, cuma kita ingin tahu siapakah Exco yang diberi tanggungjawab dalam syarikat berkenaan. Pasti kerajaan ada kepentingan dengan Daulah Najah itu. Dan kalau bahana kecurian atau pencerobohan hutan simpan itu ada kena mengena dengan syarikat Daulah Najah itu, huduh benarlah perangai Exco berkenaan. Trims.