BAIK DUDUK DIAM DIAM SEBELUM ORANG BENCI BERTAMBAH LAGI



 

Banyak sangat pulak berita pasal dia ni. Tadi aku dah tulis ni aku nak tambah sikit.

Pejuang takkan sertai Khemah Besar jika diketuai oleh DS Anwar. Bagus! Memang kami penyokong PH pun tak mahu tengok ada Pejuang.

Cuma nak tambah, Pejuang ni macam kucing yang tengok cermin tapi nampak diri macam singa. Tak sedar parti dia cinonet tapi nak kawal semua.

Awak tu bertanding di PRN Johor hilang deposit di semua kerusi. Tiba-tiba pandai nak letak syarat macam-macam ek?

Kalau PH kerjasama dengan Pejuang pun tak ada untungnya. Parti yang lemah, carca marba. Tiada akar umbi, tiada jentera, tiada penyokong. Ada pun tak menambah, tiada pula tak mengurang. Jadi untuk apa PH nak cemarkan nama dengan jalinkan kerjasama dengan Pejuang?

Bodohlah kalau ada pemimpin PH yang termakan cakap orang tua ni. Orang yang bodoh sebegitu, tak layak kekal sebagai pemimpin PH.

Mahathir cuma dalam usaha nak pecahkan PH. Dan satu lagi, dia nak buat kononnya Khemah Besar gagal sebab DS Anwar tak mahu mengalah.

Supaya kononnya nanti, kalau BN menang, rakyat akan salahkan DS Anwar. Itu trick lapuk. Tahun 80an dulu bolehlah main trick macam tu.

Memang tak nafikan ada lagi orang bodoh yang terpedaya dengan helah Mahathir. Ahli Pejuang sebagai contohnya. Tapi ramai dah cerdik.

Ungkapan begini dah tak laku. Orang cuma nampak kebodohan Pejuang je. Macamana tikus berangan nak masuk perang gantikan gajah?

Inilah tandanya Mahathir sudah tidak relevan lagi. Mahathir sama macam Najib. Kehadirannya dalam politik Malaysia hanya mencemarkan.

Rehatlah. Lupakanlah politik. Zamanmu telah pun berakhir. Usah fikirkan kuasa lagi. Cukuplah dengan kerosakan yang telah kau buat dulu... Guane boh?

Raja Gelap

 

No comments: