PH gesa sidang khas Parlimen bahas RUU anti-lompat parti.Benda baik untuk rkyat...tak kan tak mahu bincang lagi.Sampai bila negara nak jadi cap ayam. ?

 


Sidang khas Parlimen perlu bagi membincangkan segera Rang Undang-
undang (RUU) anti-lompat parti, kata Majlis Presiden PH. (Gambar
 Bernama)

PETALING JAYA: Majlis Presiden Harapan (PH) menggesa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengadakan sidang khas Parlimen secepat mungkin bagi membahaskan Rang Undang-undang (RUU) anti-lompat parti.

“Sebelum ini beliau (Ismail) telah beberapa kali memberikan komitmen untuk membahaskan RUU tersebut, maka janji itu harus ditunaikan,” kata Majlis Presiden PH dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu hadir selepas ahli Parlimen Ampang yang juga bekas menteri perusahaan perladangan dan komoditi, Zuraida Kamaruddin keluar Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Terdahulu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menggesa pelaksanaan RUU itu disegerakan bagi mengulas tindakan Zuraida hari ini

Menurut Zahid, sekiranya pindaan RUU itu tidak disegerakan, tidak mustahil krisis kepercayaan terhadap sistem demokrasi dan institusi politik akan menyebabkan kadar peratusan mengundi semakin rendah pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Selain RUU, Majlis Presiden PH menggesa sidang khas itu membincangkan permasalahan dihadapi rakyat ketika ini antaranya kos sara hidup dan inflasi.

Ia termasuk pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan pembelian untuk sektor perkhidmatan kesihatan negara ketika pandemik Covid-19 yang didakwa terpalit dengan rasuah.

“Majlis Presiden menggesa perdana menteri untuk bertindak secepat mungkin bagi membolehkan kesemua perkara ini dibahaskan,” katanya.


No comments: