Sajak : Letak Jawatan Menteri


Sajak : Letak Jawatan Menteri

Saya menunggu semua menteri

meletak jawatan

untuk PRU15

sebab semua menteri tidak layak

sebagai MP pun atau senator

patut berundur menarik diri

kerana kita perlukan

orang yang tidak korup

sebagai pemimpin berintegriti

bersih, beramanah, cekap

tidak kira bangsa

bukan hanya Melayu Islam

yang ramai rasuah

menyeleweng dan kurang solat

anak haram dan seksual

dan segala yang tidak baik

untuk Malaysia berkembang

advanced, maju dan moden

di tahun-tahun mendatang.

Biar bukan parti

dengan calun sendiri

lebih baik dari berparti

dengan rakyat seakan

menurut perintah dan mengikut

apa saja cakap pemimpin

tanpa berfikir mendalam

sedangkan kita ketinggalan

dengan negara jiran

masih menyokong membabi buta

untuk sesuap nasi

dari perut berlapar

baik undi parti korup

asalkan senang didunia

yang sementara.

Fudzail

 



May be an image of 1 person and sitting

No comments: