SPR JANGAN LAH BANYAK SANGAT TEMBERANG...CIKGU CIKGU DAH KURSUS SAMPAI 2 HARI . PENGILIRAN TEMPAT BERTUGAS . APA CERITA ?

 

Latih petugas pilihan raya tak bermakna PRU15 semakin hampir, kata SPR




Timbalan Pengerusi SPR Azmi Sharom berkata latihan kepada petugas
 pilihan raya berterusan dan boleh berlaku pada bila-bila masa.
 (Gambar Bernama)

GEORGE TOWN: Pekeliling memaklumkan ejen pilihan raya dipanggil bagi menjalani latihan menjelang pilihan raya umum bukan bermaksud pengundian semakin hampir, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Timbalan Pengerusi SPR Azmi Sharom, berkata latihan seumpama itu adalah berterusan dan boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang tahun, selain perkara sama juga dilaksanakan untuk mengenal pasti pusat pengundian lebih awal.

“Sekiranya kami menguruskannya hanya ketika pilihan raya semakin hampir, kami tidak mempunyai masa. Justeru, aktiviti SPR tidak sepatutnya menjadi petunjuk pilihan raya semakin dekat,” katanya kepada FMT.

Baru-baru ini, berlegar di media sosial berhubung pejabat tanah dan daerah di Pahang, mengeluarkan pekeliling bertarikh 19 Mei memanggil petugas pilihan raya di negeri berkenaan menghadiri taklimat, menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Kandungan surat berkenaan antaranya menyebut semua petugas pilihan raya – bermula penyelia sehingga ke kerani pilihan raya – wajib menghadiri kursus empat hari di sebuah dewan, di Kuala Lipis, bermula 24 hingga 27 Mei.

Pilihan raya umum akan datang perlu diadakan, selewat-lewatnya 14 Sept tahun depan.

Fitch Solutions Country Risk and Industry Research, meramalkan pilihan raya akan diadakan pada separuh kedua tahun ini atau suku ketiga tahun sama, memetik laporan The Edge Markets.


No comments: