DEWAN ORANG RAMAI, PERMATANG PASIR, PERMATANG PAUH

 

NURUL IZZAH

Akhirnya, Dewan Orang Ramai, Permatang Pasir yang telah sekian lama diusahakan semenjak 2011 dengan kerjasama Pejabat Parlimen Permatang Pauh direalisasikan pada hari ini demi kegunaan warga Permatang Pauh.

Projek infrastruktur awam yang berjumlah RM3,205,703.03 dan proses pengambilan tanah (kira-kira RM1.9 juta) yang telah siap ini diharapkan merupakan pembukaan Ramadan yang bermakna buat penduduk Permatang Pasir dan Penanti.
Menelusuri sejarah proses pengambilan tanah semenjak tahun 2013 sehingga kini, saya menzahirkan ucapan terima kasih buat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, pasukan Pejabat Daerah SPT & JKR yang banyak membantu ketika proses pengambilan tanah sehinggalah pembinaan struktur ikonik pertama di DUN Permatang Pasir ini selesai.
Hari ini bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Chow Kon Yeow 曹觀友 ADUN kawasan, YB Muhammad Faiz Fadzil dan YB Dr. Norlela Ariffin serta Pegawai Daerah SPT Tuan Kamarul Haizal Koderat merasmikan Dewan Orang Ramai ini, Alhamdulilah.
Segalanya, #DemiPermatangPauh.