CIMB saman balas 12 individu atas kesilapan kredit pendua, tuntut RM1.39 juta

 


CIMB mendakwa kesilapan pemprosesan perkhidmatan pengiriman wang menyebabkan pemindahan dana yang dibuat kepada pelanggan dikreditkan secara berganda.

PETALING JAYA: CIMB memfailkan saman balas terhadap 12 pihak yang menyaman bank itu atas apa yang disifatkannya sebagai “pernyataan tuntutan” ekoran berpunca daripada kesilapan pemprosesan yang menyebabkan akaun mereka dibekukan dan berhutang.

Dalam saman yang difailkan di mahkamah pada 30 Mac lalu, bank itu juga mahu perintah dikeluarkan supaya kesemua 12 orang membayar balik RM1.39 juta yang dikreditkan secara tidak sengaja ke dalam akaun mereka, serta tambahan faedah.

Pada Februari, CIMB mendakwa kesilapan pemprosesan oleh perkhidmatan pengiriman wang menyebabkan pemindahan dana yang dibuat kepada pelanggan dikreditkan secara berganda.

Ini menyebabkan dana akaun bank itu terjejas untuk mendapatkan semula jumlah pendua hingga akaun dibekukan.

Walau bagaimanapun, pada 28 Feb, 12 pemegang akaun yang terjejas memfailkan saman terhadap bank atas kesilapan itu kerana mereka beranggapan ia adalah kesalahan bank, bukan pelanggan.

Dalam kenyataan pembelaan yang dilihat oleh FMT, CIMB berkata, ia tidak melanggar sebarang kontrak dengan pemegang akaunnya kerana mereka bebas untuk mendebit atau menahan mana-mana akaun mengikut kehendak mereka — kerana ia adalah sebahagian daripada terma dan syarat yang dipersetujui oleh pelanggan.

Oleh itu, pada Januari, bank itu berkata “penangguhan operasi” telah dilakukan pada akaun yang terjejas. Ia kemudiannya ditarik balik pada 13 Feb. Bagaimanapun, ia tidak menyatakan berapa banyak akaun yang terjejas.

CIMB berkata, hasil daripada kredit pendua itu, pemegang akaun telah mendapat “pernyataan tuntutan” atas perbelanjaan bank.

Bank itu berkata, 12 pihak yang menyaman tidak memaklumkan apabila tambahan dana pendua dipindahkan ke dalam akaun mereka.

CIMB berkata, pihaknya dibenarkan untuk mendapatkan semula wang pendua itu secara sah dan mengikut kontrak ditetapkan.

“Plaintif menerima dana dalam akaun masing-masing dan atau membuat pengeluaran dana melebihi jumlah kredit pendua yang diterima oleh setiap plaintif.

“Plaintif juga menerima, menikmati dan mengambil kesempatan melalui kredit pendua yang tersilap dikreditkan ke dalam akaun plaintif disebabkan kesilapan pemprosesan pemindahan MoneySend yang tidak disengajakan seperti dalam rayuan,” menurut kenyataan pembelaan itu.

FMT telah menghubungi MasterCard, yang menyediakan perkhidmatan MoneySend untuk mendapatkan ulasan.

Mereka yang menyaman CIMB ialah, Ahmad Sharil Nor Rasit, 42, Azwani Aziz, 39, Nor Amirah Suria, 26, Nor Sazliana Sazali, 31, Mukmin Mohd Ibrahim, 34, Siti Roziana Abdullah, 26, Haris Fadhillah Yaacob, 28, Azizi Aziz, 34, Azizul Aziz, 40, dan tiga syarikat, Ai Smart Perfect Services, Ai Smart PS Trade dan Harmonian Altra Trading.

CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd dinamakan defendan dalam saman itu.

Menurut bank itu lagi, masalah itu melibatkan “terhad kepada pelanggan yang melakukan pemindahan antarabangsa ke tempatan”, dan berjanji untuk menawarkan penyelesaian yang adil dan terurus kepada pelanggan yang terjejas.


No comments: