Syahril A. Kadir is with Maszeli Mohammad Wee.
GANJA atau mat saleh panggil kannabis ni ada banyak spesis,
antaranya spesis Hemp dan spesis Marijuana. Macam Protonlah...ada Wira, ada
Perdana, ada Pesona.
Yang Hemp ni satu dunia tengah perkatakan kerana mempunyai
kebaikan yang cukup banyak terutama daripada segi kesihatan.
Hemp ni kau nak hisap sekilo pun tak akan mendatangkan khayal,
euphoria, lalok dan sebagainya.
Tak seperti marijuana yang ada bahan kimia THC
(Tretrahydrocannabinoid) iaitu bahan kimia yang aktif membuatkan seseorang
pengamalnya ngalahkan Bob Marley bila menghisapnya.
Sayangnya di Malaysia ia masih dikategorikan sebagai dadah
berbahaya HANYA kerana tergolong dari keluarga pohon ganja.
Hemp dan marijuana tidak boleh ditanam serentak. Hemp bukan
pokok jantan marijuana, ianya komuniti sendiri. Hemp mengambil masa 3bulan
untuk 'harvest' dan marijuana pula mengambil masa 7-8bulan untuk bunganya
matang.
Ketinggi Hemp boleh mencecah sehingga 15kaki tinggi manakala
marijuana amat jarang yang boleh sampai 5kaki tinggi, kedua2 tidak boleh
coexits.
Alhamdulillah, salah seorang dalam grup friendlist abam, saudara
Maszeli Mohammad Wee adalah seorang sarjana dari
Universiti Malaya yang mempunyai kepakaran dan mengkaji tumbuhan ini dalam
tesisnya. Beliau sendiri sering ulang-alik ke Bukit Aman mengadakan
perbincangan dengan pihak berkuasa mengenai Hemp ini. Semua info adalah
'sekelumit' ilmu mengenai Hemp yang abam 'korek' dari tulisannya.
Baik tu satu hal.
Yang ni lagi rare. Tahukah anda, di UK sekarang ada tiga orang
anak Melayu yang sedang mencipta nama kerana terlibat dalam 'bisnes ganja' ini?
Tetapi macam abam tulis awal-awal tadilah, depa bukan jual
marijuana yang buat manusia lalok macam celah Lorong Hj Taib itu.
Syarikat mereka, CBD Oils Malaysia - Malaya Hemp™ yang kini
sedang beroperasi di Manchester, UK telah berdaftar secara sah di bawah
pertubuhan Cannabis Trades Association, United Kingdom (CTA UK).
Menurut beberapa portal yang abam baca, syarikat yang diterajui
oleh tiga orang anak muda dari Malaysia ini iaitu sepasang suami isteri, Abdul
Halim Pauzi dan Nurul Ain Sahbudin, serta rakan mereka, Mohd Roslan Abdullah,
kini antara 300 buah syarikat besar di Eropah yang menghasilkan produk tambahan
kesihatan dan kecantikan berasaskan kanabis dan hemp.
Menubuhkan syarikat menjual produk berasaskan kanabis bukanlah
sesuatu yang mudah buat tiga anak muda Malaysia ini bahkan banyak prosedur dan
pemantauan yang harus mereka lalui dari masa ke semasa.
Penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan telah diluluskan
penggunaanya di lebih 50 buah negara di dunia termasuk UK itu sendiri,
memandangkan terdapat pelbagai manfaat yang dihasilkannya kepada kesihatan
manusia sekali gus menyumbang kepada kemajuan sektor ekonomi sesebuah negara.
Abam taknak cerita lebih-lebih pasal perniagaan diaorang tu kang
tak pasal-pasal kena tuduh dibayar taukeh ganja nak promote barang depa kat FB
abam.
Kesimpulannya, dah tiba masanya semua pihak, daripada yang
membuat dan menggubal undang-undang, Kementerian Kesihatan, pihak enforcement,
saintis-saintis dan semua yang berkenaan SEGERA DUDUK dan buat satu ketetapan
dengan segera berhubung status Hemp ini agar dipenghujungnya kita dapat membuat
rumusan mengenai hal ini.
Ingat, hukuman mengenai dadah di negara kita sangat ketat hingga
boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati. Jangan sampai ada nyawa yang
tak berdosa melayang hanya disebabkan kegagalan kita membezakan mana intan mana
permata, mana ganja yang lalok dan mana ganja yang berguna!
Wallahualam.