Program penyerahan Jalur Gemilang, kupon minyak percuma Parlimen Pandan meriah

 


Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 64, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mengajurkan program penyerahan Jalur Gemilang dan kupon pengisian minyak motorsikal percuma di kawasan Parlimen beliau, semalam.


Program di Ampang Hilir berupa penyerahan kupon isian minyak motorsikal kepada penghantar makanan bermotor seperti Grab Food, LalaMove, Food Panda dan sebagainya yang mendapat sambutan dari anak-anak muda.

Kemudian Dr Wan Azizah mendapatkan maklumat terbaharu mengenai kes jangkitan Covid 19 di Kampung Pandan dan seterusnya beliau mengagih-agihkan bakul makanan kepada penduduk setempat.

Selain itu, Dr Wan Azizah juga sempat menziarahi Ketua Ranting KEADILAN Angsana Hilir yang sebelum ini mendapat rawatan di hospital.

Kesemua program tersebut mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk setempat.


No comments: