MOKHTAR SCUD BOLEH MOHON BANTUAN KE MENTERI AGAMA NIH...MALU MINTA SEDEKAH NAK BAYAR BIL LETRIK...PONDOK LAIN TAK MACAM PONDOK KAU...SEDIH.....JIWA MISKIN MINDA PENGGEMIS

 



Idris akan cuba selesaikan masalah kewangan maahad tahfiz, pondok



Idris akan cuba selesaikan masalah kewangan maahad tahfiz, pondok

Idris akan cuba selesaikan masalah kewangan maahad tahfiz, pondok.Dakwaan beberapa maahad tahfiz dan pondok berdepan cabaran meneruskan operasi berikutan masalah kewangan yang semakin teruk akibat Covid-19 akan diteliti lebih terperinci, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang baharu dilantik, Idris Ahmad.

Katanya, beliau juga akan cuba menyelesaikan isu berbangkit sebaik sahaja memulakan tugas secara rasmi selepas mengangkat sumpah jawatan.

“Kita akan lihat dan selesaikan isu ini selepas secara rasmi memasuki kementerian,” katanya .

Idris berkata, beliau juga difahamkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu berbangkit dan telah bertindak lebih awal bagi menyelesaikan masalah yang berlaku.

“Setakat ini saya diberitahu proses nak selesai masalah berjalan dan ketua pengarah JAKIM juga telah beri kenyataan (semalam),” katanya.

Semalam, JAKIM berkata, pihaknya sudah menyalurkan bantuan sebanyak RM60 juta kepada 1,066 institusi pendidikan Islam merangkumi 558 sekolah agama, 413 tahfiz dan 95 pondok yang terjejas berikutan pandemik Covid-19.

Ketua Pengarahnya, Abd Aziz Jusoh berkata, peruntukan RM21 juta bagi Bantuan Khas Impak Pandemik Covid-19 juga diagihkan kepada institusi pendidikan Islam swasta berdaftar bagi bantuan sara hidup kepada guru dan bantuan pengurusan operasi institusi berkenaan.

“Setiap guru menerima RM800 dan dimanfaatkan oleh seramai 20,512 penerima manakala sebanyak 1,849 institusi menerima manfaat bantuan pengurusan institusi,” kata Abd Aziz.

Idris berkata demikian ketika diminta mengulas laporan bahawa beberapa maahad tahfiz dan pondok di beberapa negeri termasuk Perak dan Negeri Sembilan berdepan cabaran dan kekangan untuk meneruskan operasi berikutan masalah kewangan yang semakin teruk akibat Covid-19 sehingga tidak mampu membayar gaji kakitangan.

No comments: