Selepas Austria, Azmin “Koyak” Dalam FB Menteri Turki Pula


Selepas ruang komen laman Facebook Menteri Persekutuan Austria, Margarete Schramböck dibanjiri lebih 28,000 komen dan 12,000 perkongsian, kini giliran Menteri Perdagangan Turki, Dr. Mehmet Muş pula menjadi tumpuan netizen.

Lebih 28,000 komen dan 12,000 perkongsian

Ini kerana Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sedang berada di Turki.

Sebuah posting yang dimuatnaik oleh Dr. Mehmet semalam telah mula menjadi viral dalam kalangan rakyat Malaysia sejak pagi tadi.

Netizen yang dilihat marah dan meluat dengan Azmin, telah “singgah” di laman Facebook Dr. Mehmet untuk memaklumkan kepada Dr. Mehmet tentang kebencian rakyat Malaysia terhadap Azmin.

Setakat waktu laporan, posting Dr. Mehmet bersama Azmin telah menerima lebih 2,000 komen.

Lebih 2,000 komen

Sebuah komen dari seorang netizen dilihat memaklumkan kepada Dr. Mehmet bahawa Azmin merupakan Menteri yang paling tidak berfungsi di Malaysia.

Seorang lagi memberitahu Dr. Mehmet bahawa Azmin sedang “trending” dalam Twitter.

Friends Of Selangor pada 5 Julai melaporkan bahawa Azmin telah menutup ruang komen semua saluran-saluran media sosial.

Laporan tersebut telah menyebabkan sebilangan netizen “mencari tempat” untuk meluahkan perasaan.

Secara kebetulan, Azmin dilihat berada dalam sebuah posting Facebook seorang Menteri Austria. Lalu, netizen telah “berkenduri” dalam posting tersebut.

Susulan itu, ruang komen laman-laman media sosial Azmin dibuka semula.

No comments: