HAAA...PEJUANG MELAYU ISLE DOK KATA CINA DAP PELINGKUP TABUNG HAJI...

 RCI Tabung Haji : Mujahid ucap tahniah


RCI Tabung Haji : Mujahid ucap tahniah

1. Setelah 17 bulan PN berkuasa dan isu RCI Tabung Haji disensasikan, akhirnya TPM dari UMNO menyatakan bahawa kabinet setuju untuk menubuhkan RCI atau Suruhanjaya Di Raja tentang Tabung Haji. Syabas dan tahniah!

2. Sepanjang tempoh 22 bulan saya diberikan amanah menjaga TH di bawah JPM Agama, saya dan pasukan TH telah bertindak berpandukan atas laporan firma audit profesional yang disebut untuk menjayakan pelan penstrukturan semula di mana TH berada dalam keadaan tenat dari sudut kewangannya dan integritinya.

3. Dua perkara asas yang saya lakukan segera iaitu pertama, memastikan pengeluaran hibah (dividen) hendaklah mematuhi Akta TH (1995) yang telah dilanggar sejak 2014. Kedua ialah menutup jurang defisit antara Aset dan Liabiliti yang mengikut laporan audit 2017 adalah sebanyak RM 4 Bilion.

4. Pelan Penstrukturan Semula TH diperkenalkan secara telus dan mendapat kelulusan kabinet serta dijelaskan di dalam parlimen secara terbuka. Isu TH kembali hangat apabila PN berkuasa dan isu ‘jual aset orang Islam’ terus disensasikan walaupun kejayaan pelan penstrukturan TH diperakui oleh kerajaan hari ini.

5. Saya telah menjelaskan fakta dan angka dalam Debat Berani Semuka dengan mantan Pengerusi TH yang juga MP Baling terhadap fitnah liar yang ditujukan kepada TH semasa saya melaksanakan pelan penstrukturan semula. Debat anjuran Sinar itu disaksikan hampir sejuta orang secara live di talian.

6. Sejak awal lagi saya menyokong RCI dibuat tetapi anggotanya perlulah terdiri dari pakar yang berkelayakan. Saya juga heran kenapa Pelan Penstrukturan Semula tidak termasuk dalam terma rujukan RCI sedangkan pelan tersebut dirangka berpandukan kepada rumusan dapatan dari firma audit yang disebutkan.

Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa RCI Tabung Haji perlu telus dan profesional tanpa agenda politik di sebaliknya dan jika saya dipanggil untuk memberi keterangan, saya bersedia mendedahkan langkah dan tindakan yang kerajaan PH telah ambil untuk selamatkan TH termasuk laporan polis yang dibuat ke atas individu yang terlibat dalam penyelewengan dana TH.

Sekian,

Yb DS Dr Mujahid Yusof Rawa
Naib Presiden Parti AMANAH
Ahli Parlimen Parit Buntar

15 July 2021

No comments: