KENAPA PERLU LAYAN MAHATHIR?
Kisah Mahathir mahukan Azmin dan anaknya Mukhriz sudah
disebutkan pada tahun 2019 lagi. Semasa bibik pengkhianatan sudah dpt dihidu.
Bagi saya berita ini adalah hari kedua berturut turut berita sampah utk
dilayani selepas kabinet menyokong Mahiadin sebagai PM.
Apa relevan lagi media utk melayani Mahathir utk menentukan
siapa bakal PM? Cukup2lah...sejak zaman Pak Lah lagi apabila ahli2 politik
melayani Mahathir negara seperti terus di dlm kekuasaannya. Siapa Mahathir utk
tentukan siapa PM seperti kata Tun Abdullah Badawi dahulu...
Dia tak mahu Pak Lah org politik layani dan ambil kesempatan
ikut katanya jatuhkan Pak Lah dan lantik Najib. Dia tak mahu Najib...dia lantik
dirinya sendiri. Dia tak mahu Anwar dia letak jawatan dan kemudian mahu lantik
semula dirinya menjadi PM.
Kemudian bila dia ditolak oleh parti2... tiba2 dia mahu lantik
Syafie Apdal. Ada segelintir puak dari Dap dan Amanah melayaninya.. pelik dan
memalukan. Skg Azmin dan anaknya sendiri Keduanya
bukan sahaja tiada aura dan tidak berkemampuan malah dibenci sebilangan besar
rakyat. Bagi saya cerita macam ini masuk dlm majalah Mustika atau Tamar Jalis
sudah la.
Anggap cerita org2 tua yg suka bercerita berulang kali dan
mengarut kerana nyanyuk. Yg tentukan siapa yg jadi kerajaan dan siapa yg jadi
PM adalah rakyat. Sejak bila Mahathir jadi penentu siapa mesti jadi PM? Ini
news yg tiada value utk dibaca dan difikirkan rakyat.
Bagi Mahathir asal bukan Anwar. Kenapa tidak mahu Anwar?..Dia
tahu bila Anwar naik tembelangnya akn pecah, kroninya akn gelisah dan yg paling
dibimbangi jika Anwar mendapat kuasa dan negara ini diuruskan tanpa rasuah dan
salah guna kuasa.... parti seperti UMNO, Bersatu dan PAS akn dilupai oleh
rakyat dan disimpan di Muzium.
Bila rakyat dpt keadilan, tiada beza antara rakyat miskin dan
kaya, bila rakyat dpt menikmati kekayaan negara, bila rakyat rasa peluang
perniagaan yg lebih adil... pasti ketika itu rakyat merasa menyesal dan merasa
ditipu dan dibodohkan ke tahap dewa oleh pemimpin Melayu sebelum ini.