Ahmad Maslan ulangi agar MP Umno taat
keputusan parti. Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan membicarakan soal kesetiaan
dan tata etika parti yang dilihat sebagai sindiran tersembunyi terhadap menteri
daripada parti itu yang menyokong penuh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Dalam satu hantaran di
Twitter, Ahmad berkata dia tidak mungkin memenangi kerusi Parlimen Pontian
tanpa sokongan daripada parti, pemimpin dan semua petugas pilihanraya.
“Oleh itu, sewajarnya saya sentiasa taat, setia
dan hormat kepada keputusan parti seperti termaktub dalam tata etika ahli
Umno.”
Pengumuman itu dibuat beberapa jam selepas
Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana
Menteri dan Hishammuddin Hussein dilantik sebagai menteri kanan.
Peguam
Negara Idrus Harun juga berkata Muhyiddin akan terus memerintah sehingga
kepercayaan majoriti ditentukan oleh ahli Dewan Rakyat dalam persidangan yang
kembali diadakan pada 26 Julai ini.