Menteri Kewangan, tunaikan janji pada rakyat segera – Kasthuri

 

Bagaimana seorang yang memegang jawatan Menteri Kewangan boleh mengeluarkan kenyataan dalam Dewan Rakyat tanpa apa-apa asas atau jaminan bahawa ianya boleh dilaksanakan?

Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto menyelar Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz atas kegagalannya dalam memastikan kenyataan yang dibuat menerusi Belajawan 2021 dapat direalisasikan.

Dua soalan dibangkitkan Kasthuri yang juga merupakan Setiausaha Antarabangsa Wanita DAP kepada pihak kerajaan:

  1. Dimanakah 150,000 komputer riba yang dijanjikan ini?
  2. Apakah status peruntukan RM100 juta dari kerajan bagi pembiayaan Skim BSN MyRinggit-i COMSIS iaitu skim pinjaman komputer riba bagi pelajar IPT yang mendapat pinjaman PTPTN?

“Kerajaan Perikatan Nasional ibarat meletak garam pada luka warga marhaen.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Tengku Zafrul harus sedar bahawa setiap satu kata dari mulutnya itu akan memberikan impak yang besar kepada kualiti pembelajaran dan keadaan kesihatan mental kanak-kanak dan pelajar-pelajar dari golongan B40 yang tertekan dengan status sosioekonomi mereka,” tegas Kasthuri lagi.



No comments: