Sekitar 1986, ketika beliau menjadi menteri pertanian, beliau
telah melancarkan siswazah tani. Lebih kurang macam itu.Masa tu banyak
mahasiswa terutamanya dari UPM yang menganggur. Sebagai jalan penyelesainnya,
Anwar melalui pusat pertanian dan jabatan pertanian telah menganjurkan skim
siswazah menggnggur dengan menggalakkan pertaniansecara lading. Tanah pertanian
di Seberang Perai, terutamanya tanaman padi diusahakan oleh siswazah menganggur
dengan mewujudkan estet padi..dan kini
usaha itu kekal dengan pengunaan teknologi moden dari masa kemasa.kini
beiau di Port Dickson menggalakkan kaedah yang sama untuk siswazah dan bakal
sswazah.
Meninjau ladang cili yang diusahakan anak-anak mahasiswa di
Kolej UNITI, Port Dickson pagi ini.
Ladang ini mempunyai hampir 5,000 pokok cili dan terdapat 3
jenis cili yang ditanam iaitu cili kulai, cili bara dan cili akar. Ia akan
terus dipasarkan ke pasar yang terdekat sesudah dipetik.
Saya difahamkan tenaga pekerjanya terdiri dari kalangan para
pelajar dan mahasiswa, dan menerusi program pertanian dan keusahawanan ini
mereka mampu untuk meraih duit belanja dari usaha dan keringat mereka sendiri.