Mengapa terus kaitkan Anwar dengan SD sokongan Umno?
Masih ada yang nak kaitkan DS Anwar dengan UMNO menggunakan SD ahli parlimen UMNO yang menyokong DS Anwar.
Menyokong dan bekerjasama itu lain.
Sebagai contoh, Menteri Agama adalah penyokong tegar Liverpool. Betullah tu. Tapi adakah menteri itu bekerjasama dengan Liverpool?
Tak faham contoh tu? Tak apa. Aku beri contoh lain. (Sebenar contoh tu tak ada kena mengena. Saja je nak cuit Liverpool sikit)
Contoh kita tengah jogging. Ada batu tengah jalan. Kemudian seseorang yang kita anggap musuh alih batu tersebut. Jadi kita tak tersepak dan jatuh.
Kita nak buat apa? Nak marah dia alih batu tu? Lepas tu nak buat apa? Angkat batu tu, letak balik tengah jalan lepas tu sambung jogging, tersepak dan jatuh? Begitu?
Bodoh tak bodoh kalau kita buat macam tu?
Bila musuh tolong kita, tetap kena terima. Sebab ada masa, musuh kita boleh selamat dengan tolong kita. Win win situation.
Tapi bila musuh tolong kita, tak bererti kita mesti terus jadi kawan rapat. Musuh tetap musuh. Boleh faham ke tak begini?
Masa kecil dulu aku ada juga tonton WWF (yang kemudian jadi WWE). Aku bukan peminat wrestling tapi ada juga tonton sekali sekala.
Ada acara yang bergaduh ramai-ramai. Siapa paling akhir tinggal dalam ring, dia adalah pemenang. Aku tak pasti apa nama acara itu.
Dalam ring tu, semuanya bermusuh. Sebab pemenang cuma seorang. Masing-masing perlu berusaha untuk survive.
Dalam pada nak survive, mereka terpaksa pilih partner sementara dalam ring. Sebab kalau lawan bersendiri, memang payah nak menang.
Bila semua dah keluar dan tinggal berdua saja, baru yang partner sementara ini berlawan sama sendiri. Dan yang terakhir tinggal dalam ring akan jadi pemenang.
Begitulah politik. Menyokong bukan bekerjasama. Setakat untuk menghapuskan musuh bersama saja. Tapi itu tak akhiri permusuhan.
Bila musuh bersama telah tumbang, kita boleh sambung lawan sesama kita.
Tapi jangan lupa, ada juga yang bekerjasama tapi tidak menyokong. Duduk dalam pakatan yang sama tapi setiap masa usahanya untuk cari pasal dan tuding jari kepada rakan pakatan.
Jauh lebih buruk yang berkerjasama tapi tidak menyokong berbanding menyokong tapi tidak bekerjasama. Dah faham belum?
Raja Gelap