Setelah tertekan diasak kerana membuat kenyataan tak berasas
terhadap mantan menteri agama, kini sang mufti buat helah bela diri lagi.
Tulis beliau, "saya menghantar mesej peribadi kepada beliau
(YB Dr. Mujahid) mencadangkan beliau bertemu DZN sendiri. Jawapan beliau kepada
saya semasa itu beliau enggan. Alasan beliau: “Mereka ini dah macam menyembah
Zakir Naik”. Beliau merujuk kepada para pembela DZN. Saya tidak simpan mesej
itu lagi. Allah menjadi saksi apa yang saya sebut."
Aduhai tok mufti, anta ni dah lupa hadis ka walaupun mengaji
hadis sampai PhD?
Mai sini ana nak ingatkan anta pasal hadis ni:
عن ابن عَبَّاسٍ رضي اللُه عنهما أن رسولَ الله صلى الله عليه وسلم
قال: "لو يُعْطَى النَّاسُ بِدَعْوَاهُمْ لادَّعَى رِجَالٌ أموالَ قَوْمٍ
ودِماءَهُمْ، لَكِنِ البَيِّنَةُ على المُدَّعِي والْيَمينُ على من
أَنْكَرَ"؛ حديث حسَنٌ رَوَاهُ الْبَيْهقي وغيرُهُ هكذا، وبَعْضُهُ في
الصحِيحَين.
درجة الحديث: الحديث ثابت، قال ابن رجب رحمه الله: أصل هذا الحديث
خرَّجاه في الصحيحين.
Daripada Ibn 'Abbas radhiayaLlahu 'anhuma bahawa Rasulullah
sollaLlahu 'alayhi wa sallama bersabda (maksudnya): "Sekiranya diberi
penghakiman kepada manusia berdasarkan dakwaan mereka semata-mata, nescaya akan
ada lelaki-lelaki yang akan mendakwa hak ke atas harta dan darah orang lain.
Tetapi (kaedahnya) ialah beban pembuktian dipikul pihak yang mendakwa dan
sumpah atas pihak yang menafikan tuduhan."
Menurut Ibn Rajab, hadis itu sahih dan asalnya dikeluarkan oleh
al-Bukhari dan Muslim.
Tok mufti, menurut kaedah yang diguna pakai dalam Islam dan di
seluruh dunia, bila anda membuat dakwaan, anda wajib membawa saksi atau bukti.
Anda tak berhak menyebut "Allah menjadi saksi apa yang saya sebut."
Kalau begitu saja kaedah membuat dakwaan, maka sesiapa sahaja
boleh berkata "Allah menjadi saksi dakwaan saya bahawa saya benar."
Peninglah hakim di mahkamah kalau terpakai cara macam itu.
Anda kena akui anda terkhilaf dan terlanjur kata. Belajarlah
menjadi orang yang merendah diri dan mengakui kesilapan. Tak hilang bisa ular
yang menyusur di bawah akar. Jika anda menyebut "mantan menteri agama tak
mahu jumpa Zakir Naik sehinggalah bulan Mac 2019" maka orang tak akan
mempertikai anda. Tetapi anda dengan penuh gaya yakin mengatakan mantan menteri
agama "tak mau jumpa Zakir Naik.., Nisha Ayub boleh pulak jumpa".
Kalau betul dia tak mau jumpa Zakir Naik, sudah tentu dia tak
akan berjumpa dan tak akan ada gambar dia berjumpa dengan penuh mesra.
Anda buat cerita bersaksikan Allah yang tak akan muncul menjelma
membenarkan dakwaan anda, dalam keadaan anda sedar tak semestinya permintaan
untuk berjumpa terus dipersetujui ketika itu. Anda pun sama, ada waktunya anda
tak mau jumpa seseorang yang nak berjumpa kerana masa tak sesuai.
Masalah anda ialah tidak jujur dalam bercakap. Ingat, anda tu
mufti. Sebaik-baik manusia ialah orang yang jujur walaupun terhadap musuh atau
orang yang tidak disukai.
Selesai pasal itu. Anda kena akui anda terkhilaf dan tersasul.
Sekarang ramai orang tertanya-tanya.. yang anda duk heboh dan
kepoh pasal Zakir Naik sejak zaman PH sampai sekarang ni, ada apa-apa perubahan
pada status diri Zakir Naik itu?
Kalau dulu anda tak puas hati Zakir Naik tak dibenarkan
berceramah secara terbuka oleh polis, anda marahkan PH secara umum dan bantai
mantan menteri agama dan pegawainya secara khusus, kini Zakir Naik dah boleh
ceramah terbukakah? Polis dah benarkan dia ceramahkah?
Tidak juga. Awat tak marah juga kepada kerajaan sekarang ni?
Anda pun tak sedarkah menteri dalam negeri dulu yang bertanggungjawab ke atas
polis itu ialah PM sekarang? Sampai sekarang Zakir Naik tak boleh ceramah. Awat
tak balun PM sekarang, menteri dalam negeri sekarang dengan tentera Sunnah anda
tu? Ataupun kalau anda balun sekali menteri agama sekarang baru padan, sebab
dulu mantan menteri tak ada kaitan dengan sekatan Zakir Naik ceramah tapi anda
balun dia.
Jadilah seorang yang adil dan saksama dalam berkata-kata atau
bertindak. "Janganlah kerana kebencian kamu kepada sesuatu kaum
menyebabkan kamu tak berlaku adil. Buatlah keadilan, sesungguhnya ia dekat
kepada takwa." (Surah al-Maaidah: 8)
Anda ni ada apa-apa masalah jiwa tak sembuh pada mantan menteri
agama itukah? Sudah-sudahlah bergayut di dahan rapuh tok mufti. Bawak bertenang
dan renungi diri muhasabah.