DAH SETAHUN, BARU MENTERI KEWANGAN TEBUK ATAP SEDAR PENTINGNYA PAKEJ RANGSANGAN UNTUK IKS DAN PKS..

 Dah setahun, baru Menteri Kewangan PN sedar pentingnya pakej rangsangan untuk IKS dan PKS

Dah setahun, baru Menteri Kewangan PN sedar pentingnya pakej rangsangan untuk IKS dan PKS


Aku sebelum ini berulang kali tulis pentingnya pakej Rangsangan untuk IKS dan PKS dilaksanakan.. Pakej rangsangan Kerajaan hari ini tidak bersasar dan tidak tepat..Subsidi Upah, Moratorium bukan penyelesaian Ekonomi untuk jangka Panjang..Apalagi bergantung kepada dasar perbelanjaan melalui I-Sinar..

Aku dah sebut, Kalau kita faham keperluan Ekonomi ia mesti dilakukan secara bersasar, Kerana IKS dan PKS menyumbang 40% KDNK negara, Manakala mereka penyumbang sektor atau peluang Pekerjaan melebihi 70%.. Maksudnya terjejas sektor IKS dan PKS ia menyumbang kepada penyusutan kuasa beli ,Kitaran kewangan dari pendapatan dan begitu juga Pekerjaan..

Aku dah berikan contoh Singapura.. Bagaimana Pakej rangsangan diberikan secara bersasar kepada 3 sektor utama Penerbangan, Perhotelan dan Pelancongan, Begitu sektor F&B.. Malangnya hari ini baru menteri kewangan kayangan sebut tumpuan mahu diberikan kepada sektor pelancongan..

Apapun, Kerosakan Ekonomi telah dilakukan dari dasar PKP Kerajaan sendiri.. Perlaksanaan PKP yang bodoh dari Kerajaan telah membunuh banyak IKS dan PKS.. Lebih teruk tidak ada suntikan modal, Mudah tunai bagi memudahkan IKS dan PKS beralih dan menyesuaikan diri kepada segmen baru Ekonomi..

Sudah lah tidak ada bantuan kewangan, Dasar Kerajaan itu sendiri telah membunuh mereka.. Bayangkan tidak ada langsung Skim pinjaman Mikro diperkenalkan..Pinjaman Mikro ini pernah diperkenalkan Tun Mahathir ketika kemelesetan Ekonomi tahun 1998 dan dilakukan Korea Selatan pada tahun yang sama untuk berjaya keluar dari kemelesetan dengan cemerlang..

Aku tak pasti apakah Pakej rangsangan yang bakal diperkenalkan oleh Kerajaan tebuk atap.. Bagi aku ianya sudah terlambat..biarpun menjadi keperluan penting kerajaan merangsang Ekonomi..Ketika Belanjawan tahun lepas aku dah sediakan Infographic bagaimana kerajaan harus melaksanakan Pakej rangsangan khas melibatkan IKS dan PKS sebagaimana german dan Singapura..

Malangnya, Aku sedikit kecewa dengan kepimpinan PH..termasuk Pemuda mereka.. Kita tidak menjuarai Politik Idea.. Tetapi lebih kepada percaturan kuasa, Bila aku kritik PH, Depa akan kata, aku kritik Anwar..sedangkan Aku kritik semua pemimpin PH..Tidak kira Amanah mahupun DAP..

Ada ketika Najib itu biarpun bersendirian , Dia melantik penasihat yang tepat dan dia pandai memanfaatkan Politik idea biarpun bagi tujuan Politik yang Populis..Bila aku suruh PH memperkenalkan Politik idea.. Ada pulak sahabat kata, Kalau kita perkenalkan..Nanti Kerajaan akan tiru..Itu masalahnya.. Kita masih bercerita soal kalau aku berkuasa..

Contohnya Najib, Dia memperkenalkan dasa pengeluaran KWSP RM 10 K.. Biarpun perlaksanaan secara tidak bersasar bagi aku tidak tepat.. Tetapi bila Kerajaan PN tebuk atap tiru..rakyat tetap puji Najib..

Soalnya dimana Pakej Rangsangan dan Model Ekonomi PH ?

Ipohmali



No comments: