URUSAN LOMPAT SI KATAK LOMPAT MUNGKIN ADA JALAN UNTUK DISEKAT.

 


JIKA dilihat secara umum lompat parti ini adalah "Legally Right but Morally Wrong". Tapi JIKA tidak sehaluan dengan parti atau parti pun dah menyimpang...lalu tindakan melompat adalah bermaruah drpd kekal dlm parti tapi jadi duri dalam daging.

Perkara 48(6) boleh dipinda. Setuju. Tapi ia tidak akan mengekang masalah lompat parti dan cemuhan penyokong parti berkenaan KUNUNnya MP atau ADUN itu bawa lari kerusi. Malangnya utk menggubal akta lompat parti, ia bertentangan dgn Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hak memilih dan bersuara setiap individu.

Oleh itu saya bersetuju dgn cadangan ZMY (Dato' Zaharin Mohd Yasin) bahawa kita patut mengkaji undg2 yg digunakan oleh Indonesia dan beberapa negara lain.

Akta SPR perlu dipinda, pertandingan di PRU bukan lagi oleh individu tetapi oleh parti. Kerusi itu MILIK PARTI yg bertanding hanya meletakkan individu atau sbgai mewakili parti. JIKA individu itu melompat, maka kerusi itu ditinggalkan kpd parti dan parti berhak melantik org baru menggantikan wakil Kerusi itu yg melompat.

Sbbtu di negara-negara yg amalkan sistem ini, tidak wujud Pilihanraya Kecil. Saya kira ini harus diambil perhatian dan dikaji oleh Lawmakers bagi mengelakkan keadaan caca merba, kebosanan dan kejijikan rakyat menonton aksi jual maruah beli kerusi.

Wallahualam.

- Zus Din

07 March 2021

..


May be an image of 1 person and text









No comments: