Kadangkala rasa malas nak berkarya dalam hal politik. Banyak yg
berlaku dlm politik, tetapi apabila kalian terlalu ekori rapat akan hal
politik... mata & pemikiran akan automatik lupa kepada isu perkembangan
lain. Lebih tepat lg sudut pandang yg bias terpengaruhi emosi. Kesemuanya tidak
akan ke mana selagi permainan naratif itu di kendali mengikut emosi.
Apabila seorang dr kalian mula penulisan yg tidak puas hati, org
lain akan balas dalam penulisan juga. Akhirnya kalian sesama PH sendiri
bersengketa.
Kami sendiri malas nk beri komentar sebegini.
Isu mana2 ahli @ parti politik itu berpindah bukan baru semalam
berlaku. Hal ini berlarutan puluhan tahun. Bagi kami sendiri, sekiranya ada
mana2 MP @ ahli melumpat dalam PH itu sendiri... itu bukanlah suatu perkiraan
yg berat. Suasana emosi yg terkait, akan bertelagah sesama sendiri. Contohnya
dari Amanah ke Keadilan, di makinya ketidakpuasan hati kpd Anwar. Luncat ke
parti lain tidak pula berbunyi. Tapi yg herannya Aziz Bahari lumpat ke DAP,
tidak pula rasa tersinggung @ maki. Ya benar, suatu ketika dahulu kami sendiri
pun terasa berdasarkan kebolehan & keilmuan yg berpindah kpd parti lain...
sungguhpun begitu tetap berbesar hati kerana masih dalam satu kumpulan.
Dah terlalu lama kami nyatakan, PH perlu ada Keadilan - Parti
Tindakan Demokratik - Amanah di dalamnya dan perlu di perkuatkan. Tetapi ada
kalangan seseorang pemimpin kalian cenderung ke pihak luar yg tidak berdaftar.
Akhirnya Mujahid dalam kalangan parti itu sendiri di maki ahli partinya
sendiri. Hal ini tidak seharusnya berlaku!
Sekali lg kami juga turut berasa pelik akan parti Keadilan,
mereka ibarat terlepas beban hati jika ada kalangan mereka yg keluar dr parti
tersebut.
Pokoknya di sini, siapa yg mampu membawa Malaysia ini keluar dr
masalah. Siapa yg benar2 mampu dan berwibawa mengemudi negara dalam kalangan
PH. Dan siapakah yg akan negara luar senang bekerjasama di dalam masa yg sama
Malaysia dapat sedikit kelebihan bagi pencapaian ekonomi.
Kalian dh ada nafas lega dgn kenyataan Majlis Presiden menyokong
Anwar sbg peneraju. Itu keputusan pucuk pimpinan tertinggi dan kalian perlu
akur & hormat. Utamakan PH adalah kuncinya di sini.
Ini tidak, kami melihat seorang ahli politik dr PH sendiri
mempertikaikan mengapa Anwar tp tidak Mahathir. Berilah Mahathir tu berehat...
dah nak 100 tahun, dah jadi PM 2x tidak termasuk interim. Lebih malang, ahli
politik yg sama tersebut semakin galak berbicara kununnya tetap merebut akan meletakkan
kerusi pertandingan partinya. Isu rebut kerusi ini bukan bekas menteri tersebut
yg buat keputusan sebaliknya meja Majlis Presiden.
Begitulah wajah kalian berpolitik... berkisar akan hal sama.
Mula sebut akan perkataan berperang & macam2 lg. Tapi kalian lupa...,
Malaysia berada dalam kadar hutang yg lebih parah. PH berjaya
tutup lubang walaupun x sempurna akibat kebejatan Kleptokrasi. Sellepas langkah
Sheraton itu... hutang Malaysia jadi tidak terkawal dalam senyap. Siapa nak
uruskan masalah ini ? Mahathir sekali lg ? Memerintah bukan buat Malaysia, tapi
anak beranak & kroninya saja. Ada beberapa projek besar berbilion yg kami
mengetahui terkait kpd sykt anaknya dan kroni, Najib tahu akan hal ini dan cuba
membalas serangan kpd Mahathir. Ya kami juga bersalah dalam hal ini, ingatkan
dah tua tu datanglah insaf... tapi...
Sekali lg, siapa yg akan bayar hutang di buat oleh Muhyiddin ?
Itu persoalan yg bermain di fikiran kami.
Dalam saat ini, kami tidak mencampuri urusan politik seketika.
Menguruskan di bahagian FDI & pengembangan, termasuk beberapa hal dalam isu
kaitan raja-raja & institusi Parlimen. Sebut dua institusi ini, asyik
tercucuk hidung ja. Entah apa agaknya mandrem dr PM Zimbabwei hingga terpesona
sangat ikut cakapnya.
Lantaklah, cakap lebih nnt hati terguris bak benang reput bila2
masa pulis depan rumah. Suka hatilah, dah jadi Indonesia 2.0 @ Myanmar 2.0 baru
tahu ke mana arahnya nanti apabila semakin lemas. Kita cakap itu ini serta
kaitan kegagalan masalah ekonomi yg Malaysia hadapi... buleh buat kelip mata ja
hari2.
Kelak dh terhantuk lagi tengadah, orang berehat dgn cucu pun di
paksa sorong uruskan masalah.
Yang berkarya:
aka Gin Marvel.