FAEZUDEIN PUAD
1. Kurang dari satu jam Perdana Menteri akan buat pengumuman. Semua tertunggu. Rasah dan risau.
2.Seandainya betul-betul kerajaan umum akan melaksanakan semula PKP yang modelnya sebiji sama seperti Mac tahun lalu. Saya harap sangat kerajaan akan umum juga pakej-pakej bantuan kepada rakyat dan perniagaan yang bakal terjejas.
3. Secara asasnya saya fikir begini:
a) Moratorium 6 bulan lagi tanpa syarat kepada semua rakyat Malaysia yang mempunyai pinjaman dengan bank-bank atau institusi kewangan.
b) Bantuan tunai tak kira nama apa, BPN atau BPR setiap bulan dengan jumlah yang sewajarnya kepada rakyat terutamanya mereka yang berkerja sendiri.
c) Subsidi upah kepada majikan supaya perniagaan dapat terus berdaya tahan.
d) Bantuan bakul makanan kepada sesiapa saja terutamanya yang bertaraf fakir miskin.
e) Pengeluaran i-Sinar atau i-Lestari 2.0 tanpa syarat kepada semua.
f) Potongan cukai.
g) Bantuan kewangan kepada peniaga-peniaga kecil supaya selepas habis tempoh PKP, mereka boleh berniaga semula.
h) dan lain-lain bantuan yang dirasakan bersesuaian untuk menyelamatkan rakyat, selamatkan perniagaan dan selamatkan ekonomi.
4. Kelangsungan pendidikan anak-anak kita semua dalam tempoh PKP juga perlu diambil berat. Adakah semua golongan bersedia dari segi kemudahan untuk berhadapan dengan pembelajaran atas talian? Sebagai contoh capaian internet dan komputer riba. Kerajaan perlu fikir bagaimana boleh bantu orang yang susah mendapat semua kemudahan agar anak-anak tidak ketinggalan dalam pembelajaran.
5. Saya harap sangat supaya jangan ada satu golongan atau sektor ketinggalan dalam perancangan kerajaan kali ini.
6. Kita bimbang, kita dapat selamatkan nyawa tapi ekonomi dan pendidikan kita ranap.
7. Itu pun jika benarlah kerajaan akan laksanakan PKP 2.0. Sama-sama kita nantikan.
Kepada Allah kita berserah. Wallahualam.
KETUA AMK PULAI