Pengikut Pas minta Muhyiddin gugurkan semua kes mahkamah pemimpin Umno

 

Pengikut Pas minta Muhyiddin gugurkan semua kes mahkamah pemimpin Umno

Bahaya pemikiran seperti ini. Hanya kerana (konon-kononnya) ingin mengekalkan kuasa Melayu Islam, kesalahan rasuah pemimpin UMNO perlu di”gugurkan”. Menurut anggapan penulis komen ini, pensabitan rasuah kepada pemimpin UMNO banyak merenggangkan hubungan antara pemimpin Melayu dan mampu menggugat keutuhan kerajaan Melayu Islam.

Dosa rasuah tak mengapa kerana Allah Maha Pengampun asalkan tidak melakukan syirik menurut penulis komen ini. Seolah-olah perpaduan Melayu (menurut pandangan penulis komen) ini lebih penting dan lebih utama untuk diperjuangkan berbanding dengan menghapuskan rasuah.

Sedangkan dalam Hadith sendiri, secara jelas Nabi Muhammad bersabda;


Maksudnya: “Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.”لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- الرَّاشِىَ وَالْمُرْتَشِىَ

Riwayat Ahmad (6532, 6778, 6830), Abu Daud (3582) dan al-Tirmizi (1337)


وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِBahkan, barangkali dia terlupa bahawa Allah menyuruh kita bertolong-tolongan atas prinsip KEBAJIKAN dan TAQWA. Bukannya bertolong-tolongan atas DOSA dan PENCEROBOHAN.

Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.

Semoga kesesatan akibat ketaksuban politik ini tidak membunuh akal yang sihat, apatah lagi mengancam kesucian agama Islam ini. Cukuplah kita berhadapan dengan COVID 19, banjir, dan juga kesan akibat penularan wabak ini. Tak perlu ditambahkan dengan fatwa fatwa sesat berkaitan politik ini.

Sumber: https://www.facebook.com/100000826296462/posts/3577820522255456/