GAGALIS....KERAJAAN YANG GAGAL

 


Faezuddin Puad


1. Kalau tahun lepas buat PKP, kita paham. Semua tak bersedia. Baru kali pertama. 


2. Tahun ini berulang lagi PKP. Orang yang sama umum. 


3. Bila umum PKP tapi tak umum bantuan.


4. Umum PKP tapi tak umum SOP atau syarat-syarat.


5. Tak belajar daripada pengalaman PKP tahun lepas? Nampak masih terpinga-pinga, masih huru hara. Seolah-olah tak tahu nak buat apa.


6. Rakyat dibiar dalam keadaan tertanya-tanya, resah, risau dan keliru. Boleh ke kerja? Sekolah buka ke tak? Ada bantuan ke tak? Boleh berniaga atau tak? PKP tapi boleh berbasikal atau joging?  Industri apa boleh buka? 


7. Apa maknanya semua ini? Maknanya kerajaan hari ini kerajaan yang gagal. Gagal mengawal krisis, gagal mentadbir dan gagal menyampaikan maklumat kepada rakyat dengan berkesan. 


Sekian terima kasih.



No comments: