"Nak zalim sampai bila?"

 

FARHASH WAFA SALVADOR

Image may contain: 3 people, text that says "HAPPY malaysickini DEEPAVALI BERITA Lmue Teng malaysiakini.co ULASAN Mahathir pengidap sakit kronik 'Anwar Anwar-o-fobia Zunar"

Ada batasnya untuk menghormati seseorang lebih tua dan seorang negarawan. Sebelum ini Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan kepentingan negara dahulu dan meminta semua pihak pembangkang untuk memberi sokongan kepada Tun Mahathir.

Namun, ketidak ikhlasan bekas Perdana Menteri ini diperlihatkan sekali lagi apabila beliau lupa bahawa dirinya adalah punca sebenar ketidakstabilan politik di Malaysia pada hari ini.

Jika kita lihat sejarah pentadbiran dan politik di Malaysia juga, beberapa krisis perlembagaan sebelum ini juga adalah berpunca dari Mahathir. Malah beberapa penyelewengan yang tidak pernah disiasat pada era 90an juga melibatkan kroni-kroni Mahathir yang telah membantutkan dan malah hampir melumpuhkan ekonomi kita. Namun beliau tetap mahir dalam memesongkan rakyat melalui naratif bahawa kuasa asing bertanggungjawab dan DSAI telah bersekongkol dengan mereka.

Hakikatnya sewaktu DSAI mengambil alih pentadbiran negara ketika Mahathir bercuti dua bulan pada masa itu, beberapa rombakan dan usaha reformasi telah pun dimulakan. Dua tahun sebelum itu juga, DSAI pernah diiktiraf sebagai Menteri Kewangan terbaik selepas negara kita melihat kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak 8% setahun selama 8 tahun beturut-turut.

Jadi mengapa Mahathir begitu zalim sehingga memperlakukan DSAI sedemikian dulu dan sehingga sekarang? Jawapan jelas adalah kerana takut akan reformasi dan masa depan mereka yang selama ini bergantung kepada talian hayat.

Sudahlah Mahathir, insaf sebelum anda lebih teruk dibenci berbanding Muhyiddin Yassin sebagai pengkhianat mandat rakyat.

Sekian.

 

No comments: