NORMAN RADZUAN
MAHATHIR KACAU PH AZMIN KACAU UMNO...
UMNO kini diambang perpecahan kali kedua sama apa yg berlaku kpd
PH. Modus operandi kerajaan PN terhadap UMNO sama digunakan terhadap PKR. Mari
kita lihat bagaimana ia berlaku.
1. Seperti dibicarakan Husam niat buruk Mahathir ini telah
dikesan seawal hari pertama lagi PH memenangi PRU14. Bagi saya seawal dia
memohon bertemu Anwar di mahkamah lagi. Mahathir seperti kita ketahui modus
operandi tetap sama ketika menjadi PM4 dahulu iaitu pecah dan perintah. Kedua
meletakkan 'file' di atas meja.
2. Apabila memenangi PRU14, Mahathir terus menggunakan kuasa
eksekutif utk menidakkan senarai MP PKR yg diserahkan kpdnya utk dilantik
menjadi Menteri dan Timbalan Menteri. Dia melantik Menteri dari PKR yg
menyokong Azmin Ali. Kemudian Mahathir melantik seberapa byk yg boleh MP Amanah
menjadi Menteri dan Timbalan walaupun parti itu hanya memenangi 11 Parlimen
sahaja. Untuk apa? ...Utk dikenang hingga kini.
3. Dlm beberapa bulan Mahathir mengarahkan agar LGE menyalurkan
RM400 juta kpd negeri Kelantan. Akhirnya PAS tiba2 mengatakan akn membuat undi
percaya kpdnya di Parlimen. Semua ini dibuat utk mengukuhkan penubuhan PN. Dlm
masa yg sama beliau melemahkan PH dari dlm... akhirnya manisfesto PH dijadikan
bualan manifesto janji tinggal janji.
4. Parti Mahathir juga memancing beberapa MP UMNO melalui
agennya Hishamuddin. Ramailah juga MP UMNO yg beralih arah. Namun numbers masih
tidak mencukupi utk membentuk kerajaan. Menutup sebelah mata Mahthir
membenarkan MP2 UMNO berunding di rumah Azmin dgn alasan ia perbincangan
kementerian. Tawar menawar pun berlaku. Zahid tidak tahu perbincangan tersebut
umpama dlm filem P. Ramlee 'abang2 di saja nak kena jual.'
5. Akhirnya jumlah Parlimen utk 'simple majority' mencukupi apabila
solid PAS, UMNO dan GPS menyokong pembentukkan PN sebagai kerajaan. Seperti
dibincangkan Mahathir dan Muhyiddin dlm meeting parti Bersatu, mereka memberi
segala jawatan Menteri dan Timbalan malah mewujudkan beberapa kementerian utk
memenuhi nafsu 'pelacur politik' dgn jawatan dan kuasa. Akhirnya dikhabarkan
sebanyak RM 7.1 billion wang rakyat terpaksa digunakan utk Kementerian2 baru
tersebut.
6. Mahathir tahu rakyat Malaysia lebih 50% menolak kerajaan
kleptopkrasi BN dahulu. Penubuhan PN ini tidak akn kekal lama jika PH
ditinggalkan begitu sahaja kerana pastinya rakyat akn bangkit. PH mesti
dihancurkan dari dlm. Mahathir memainkan peranan atas jasa2 beliau kpd pimpinan
parti2 dlm PH ( terhutang budi ). Ada mengatakan ada antara pemimpin2 parti yg
setia dgnnya kerana terhutang budi kerana 'file' atas meja PM 7 itu. Ada
mengatakan ada pemimpin sebuah parti bersama Mahathir berunding dgn Ku
Li....wallahuallam.
7. Azmin dan Hishamuddin memainkan peranan yg sama terhadap UMNO
sepertimana dilakukan Mahathir terhadap PH atau PKR. Maksudnya sokongan UMNO
diperlukan hanya bersifat sementara utk kuasa sepertimana Mahathir lakukan
terhadap PH. Dia gunakan PH sebagai platform merampas kuasa dari Najib.
Azmin dan Hishamuddin tahu PAS mudah dipancing dgn jawatan. Ya
memang benar PAS adalah King Maker samada utk Bersatu dan UMNO. PAS dipelihara
seperti Ratu Cantik. Bersatu dan UMNO tahu tanpa PAS mereka tidak mampu
menewaskan PH berdasarkan keputusan PRU yg lalu. Lalu PAS menjadi rebutan.
8. Jika dlm PKR muncul kartel seperti Azmin Ali, Zuraida,
Saifuddin Abdullah dan ramai lagi... kini UMNO menghadapi situasi yg sama. Jika
sebelum ini Azmin langgar Presidennya Anwar utk mempertahankan Mahathir... kini
Hishamuddin, Annuar Musa, Shahidan Kassim yg pula mempertahankan PN dan
Muhyiddin. Cakap Zahid Hamidi dan Najib sudah tidak dipedulikan lagi. Malah
Najib dituduh pengkhianat jika tidak menyokong Belanjawan kerajaan PN.
9. Saya merasakan UMNO cuba dihijack oleh kartel2 ini utk
memudahkan kerjasama antara Bersatu, UMNO dan PAS. Cita2 Mahathir seperti umum
mengetahuinya, dia mahu Bersatu mengambil alih tugas UMNO sebagai wadah baru
org Melayu. UMNO akn dilemahkan perlahan lahan. Jika gagal saya meramalkan
Annuar Musa, Hishamuddin, Shahidan Kassim akn menyertai Bersatu sepertimana
dilakukan oleh Azmin kerana jika berlaku snap election pastinya watikah
Presiden tidak akn menyenaraikan mereka lagi.
Sekadar pandangan, mereka sehingga kini kekal dlm UMNO sekadar
musuh dlm selimut samada ( memecah belahkan parti ) mempengaruhi MT UMNO atau
mengintip rahsia dalaman parti sepertimana dilakukan Azmin dan Zuraida dahulu.
10. UMNO tiada pilihan. Jika mereka tidak mengambil peluang utk
menjatuhkan PN pada undian Belanjawan nasib Zahid Hamidi dan Najib samada
dipenjara atau hanyut dari kancah politik tanahair. Perlu diingat Muhyiddin dan
Azmin mahu menduduki kerusi nombor 1 dan 2 ni bukan utk 2-3 tahun kerana ia
hanya kerja sia2. Mereka jika boleh mahu selama yg mungkin apatah lagi Azmin
dan Hishamuddin boleh dianggap masih muda. Tiada jalan lain selain melemahkan
UMNO dan pimpinan utamanya.
Belanjawan wajib ditolak oleh UMNO utk snap election.
Persoalannya yg bermain di fikiran Zahid dan Najib tanpa kuasa 'Ratu Cantik'
mereka tidak mungkin akn berkuasa semula. Ratu Cantik yg sudah dipinang dan
menanti hari ke majlis pernikahan pasti akn menyerahkan cincin pertunangan itu
kembali jika melihat perkembangan terkini.
Ia ibarat waktu dipinang dahulu UMNO adalah anak teruna bergelar
jutawan. Ada harta dan kuasa tetapi kini perniagaan telah bankrap. Dlm masa
sama muncul jejaka baru ( Bersatu ) muncul menjadi jutawan segera. Siapa
sanggup menolak tambah Ratu Cantik tersebut mata duitan.
Pilihan yg ada UMNO terpaksa meminta kerjasama Anwar. UMNO skg
terpecah 3 dan sgt lemah. MP UMNO yg setia atau bersama Zahid dan Najib hanya
tinggal 20-25 MP sahaja. UMNO bersendirian tanpa PAS... ia umpama mimpi utk
mereka kembali berkuasa. Sebab itulah pemimpin UMNO sampai skg tidak berani
mengkritik tindak tanduk PAS akhir2 ini. Jadi apa pilihan yg ada?
Tanya saya kerajaan PN perlu dijatuhkan segera. Jika Snap
election berlaku baik juga utk rakyat. Azmin kata PN mampu menang besar jika
berlaku snap election...dia sengaja mahu ugut MP UMNO tu. Cakap dgn Azmin
sembang dgn Zuraida boleh la....