JADIKAN INI PENGAJARAN - RENTIKANLAH PROVOKASI.


Sesiapa yang jadi Admin Page dinasihatkan lebih pro-aktif menyemak, melakukan "due-diligent" dan "self censorship".

1) Lihat penafian yang kelamkabut terpaksa dibuat oleh Dato' Wan Rahim (DWR). Kenapa jadi begini? Sebab ada artikel sampah disiarkan di Page beliau. Artikel yang "provoke" dan menghina DSAI serta para penyokong beliau. Sepatutnya admin tidak membenarkan artikel seperti ini disiarkan. Biar penulis itu tulis di wall dia sendiri.

2) Saya almost hilang sabar bila ada sahabat yang whatsapp suruh saya tengok artikel itu beberapa hari lepas Saya mohon maaf kerana berbahasa kesat dalam menegur penulis, admin dan anggap artikel itu sampah, jangan salah guna Page DWR untuk menghentam DSAI, PKR dan penyokong-penyokongnya.

3) Yang membuatkan saya rasa sangat kesal kerana langsung tidak menyangka sampah seperti itu disiarkan di Page DWR yang saya kenali sebagai seorang pemimpin yang baik, bijak dan berhemah. Orang lama yang saya sanjung. Taiko yang saya hormati.

4) CUBA Lihat apa jadi bila ada orang hanya hantarkan Printscreen / Screenshot bahagian yang tiada nama sahaja kepada DWR? Walhal, jika kita guna PC atau Laptop kita akan dapati ia perlu di printscreen 3 bahagian. Saya sertakan contoh di bawah.

5) Tapi apa niat orang yang sebarkan Prinstscreen itu? Kenapa dia tak siar penuh 3 Printscreen / SS??? Sebab yang no 1 dan 3 boleh nampak siapa penulisnya. Inilah MO pengadu domba.

6) untuk menjelaskan perkara itu, maka saya buat satu Screencapture Video dan dihantarkan kepada DWR dan Page berkenaan sebagai pencerahan. Semoga ia bermanfa'at dan jadi pengajaran kepada kita semua.

Wallahualam.

- Zus Din

22 November 2020

#SETIAKAWANPH

 

No comments: