WAJIB DEENGAR UNTUK MEMAHAMI : Muhyiddin Hilang Keabsahan, Benarkan Undi Tidak Percaya Uji Majoriti(26 usul undi tidak percaya)


Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mahu Usul Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin dibentang pada sesi Parlimen kali ini. Menurut beliau Muhyiddin tidak boleh dibenarkan terus memerintah ketika seluruh negara tertanya-tanya mengenai legitimasinya. Hassan memberi dua sebab kukuh perlunya Speaker Dewan Rakyat membenarkan Usul Tidak Percaya dibahas. Pertama, salah satu Usul Tidak Percaya itu dibawa oleh Ahli Parlimen kerajaan sendiri iaitu Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li). Muhyiddin sebelum ini disahkan dalam beberapa pengundian meluluskan undang-undang memilikki kelebihan 2 atau 3 kerusi di dewan. Dengan Ahli Parlimen kerajaan menyatakan tidak percaya kepada beliau, berapakah kelebihan Muhyiddin? Kedua, permintaan pentadbiran Muhyiddin untuk Yang di-Pertuan Agong mengisytihar darurat ke seluruh negara telah ditolak. Dari segi konvensyen Perlembagaan, Muhyiddin tidak mempunyai alasan kekal menjadi Ketua Kerajaan. Oleh itu, kata Hassan, Usul Tidak Percaya mempunyai sebab yang kukuh untuk diutamakan pada sesi Dewan Rakyat kali ini. Tidak masalah sekiranya kerajaan PM Muhyiddin tumbang. Kerajaan lain boleh dibentuk dan belanjawan boleh dibentang oleh kerajaan yang baharu.




No comments: