LAGI KEPUTUSAN UMNO SEMALAM


 FAEZUDDIN PUAD


Image may contain: 4 people, text




1. Bukan hak Muhyiddin tentukan siapa pemimpin UMNO untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.

2. Biar la UMNO yang tentukan, sama ada hendak melantik Zahid Hamidi atau Hishamuddin atau Annuar Musa atau sesiapa saja yang dirasakan layak.

3. Namun telah menjadi lumrah berpuluh tahun jawatan dalam kabinet Kerajaan diisi oleh pemimpin yang ada kedudukan dalam parti. Keutamaan wajib diberi kepada Presiden, kalau Presiden tak layak, diikuti Timbalan Presiden, Naib Presiden dan seterusnya.

4. Semacam satu adat, barangsiapa menjadi Presiden UMNO, secara automatik dia menjadi Perdana Menteri. Siapa Timbalan Presiden UMNO, dia akan dilantik Timbalan Perdana Menteri.

5. Kurang manis jika Muhyiddin melanggar adat UMNO ini.

6. Sekiranya Muhyiddin berkeras juga mahu lantik pemimpin UMNO yang tiada kedudukan dalam parti ke jawatan TPM maka bersedia la berhadapan dengan keputusan yang bakal menambah derita kerajaan PN.

7. Yang pasti semuanya terserah kepada UMNO, bukan Muhyiddin kerana Muhyiddin adalah Presiden Bersatu bukan Presiden UMNO.

Wallahualam.

 

No comments: