8 BULAN KERAJAAN TANPA MANDAT RAKYAT MENTADBIR TAPI TIDAK PERNAH AMAN. MENGAPA?


Gangguan, kesempitan, bencana, kesusahan, tekanan terus menghantui era pemerintahan rejim pintu belakang sejak feb lalu hingga kini.


Meskipun setiap hari PM membacakan doa, namun bukan kelapangan yang diperolehi bahkan kesempitan semakin mendatang.  Masalah politik berterusan bagaikan tiada kesudahan.  Sesama PN berantakan, manakala Bersatu pimpinan Muhyiddin setiap hari berperang dengan Umno pimpinan Zahid, keji mengeji sehingga ada yang buat laporan polis.  Meskipun umno cuba meredakan situasi dengan mengistiharkan genjatan senjata dengan PN, namun tidak menampakkan hasil hingga di dalam tempuh tidak sampai dua minggu dua kali Umno terpaksa mengadakan mesyuarat bagi meleraikan kemelut politik di antara parti ini dengan kerajaan PN.


Semakin dinasihati oleh Agong, semakin bergelora politik di bawah kerajaan tanpa mandat rakyat ini.  Sesama mereka saling curiga mencurigai.  Apa yang di bincangkan sesama mereka sehingga bermesyuarat selang beberapa hari hanyalah kerana tentang jawatan dan kedudukan masing-masing.  Persetankan soal Covid, peduli apa tentang rakyat.  Apa yang penting, selagi Muhyiddin boleh berpaut untuk mengekalkan kuasa, dia akan lakukan hatta berpaut dengan payung kuning sekalipun.


Rakyat boleh nilai sendiri semenjak 8 bulan kerajaan yang dibina atas rampasan dan air mata rakyat ini wujud, bilakah saatnya kita melihat negara ini dapat diuruskan dengan baik dan lancar?  Bagaimana dengan ekonomi negara?  Masalah pengangguran?  Kawalan terhadap wabak Covid?  Semakin baik atau bagaimana?  Mahu uruskan pembahagian jawatan dalam kabinet pun gagal, masih berebut-rebut dan tidak mendatangkan kepuasan hati sesama mereka.  Jawatan menteri dan timbalan sehingga mencapai 70 jumlahnya, namun perebutan masih berlaku.  


Ke mana berakhirnya kisah Mak Cik Kiah dan Pak Mat?  Sudah kaya rayakah mereka?  Sudah habiskah duit KWSP dikeluarkan oleh rakyat marhaen dan kini mereka hidup selesa?  Berapa lama lagi PKPB mahu diadakan angkara tindakan politik yang rakus sewaktu wabak ini melanda?  Rakyat dimangsakan.


Rakyat masih ingat.  Feb yang lalu, disaat kerajaan PH sedang menangani permulaan wabak yang baru melanda negara ini, puak-puak ini sibuk merancang kerja jahat mereka.  Ketika itu, kerajaan PH berjaya tanganinya dengan baik dan selesaikan dengan pantas.  Tiada satu kematian pun berlaku.  Tiada kluster baru.  Kes-kes ditangani dengan pantas dan kesemuanya bebas dari hospital.  Malangnya, pengkhianat ini muncul ketika ini untuk merampas kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat.  


Kerajaan PH tidak tumbang di tangan rakyat.  Kerajaan ini tumbang angkara pembelot dari dalam yang terdiri dari Muhyiddin dan Azmin serta juak-juaknya.  Kerja jahat ini tidak akan berjaya jika tidak dibantu oleh orang tua yang lupa diri dan mungkir janji bernama Mahathir.  Tidak juga lengkap pengkhianatan ini kalau tidak mendapat kerjasama dari Umno dan Pas.  Maka, terdirilah sebuah kerajaan tidak bermaruah bernama Perikatan Nasional sehingga hari ini.


Apakah anda nampak keberkatannya kerajaan yang kononnya kerajaan melayu Islam tanpa Dap ini?  Apa yang mereka boleh buat dengan negara ini setelah mereka merampasnya dari kerajaan PH?  Tanpa Dap pun isu ekonomi tidak boleh selesai.  Tanpa Dap yang dimusuhi pun kes mabuk dan kes Adib gagal diselesaikan.  Covid meningkat mendadak walaupun tanpa Dap bahkan negeri Sabah yang bukan Dap perintah adalah negeri tertinggi dengan kes ini berpunca dari PRN baru-baru ini.  PRN tercetus sebab apa jika bukan kerana kemaruk mahu rampas Sabah? 


Sepanjang Covid melanda, berapa negeri yang telah kamu rampas setelah kamu rampas kerajaan Pusat?  Nah, kamu lihat hasilnya sekarang.  Apakah kamu bangga menjadi kerajaan yang tidak pernah punyai majoriti di dalam Parlimen?  Negara luar mana yang mahu hormat sebuah kerajaan yang PM nya tidak punyai majoriti? Kamu hanya berjaya mencipta sejarah selaku PM yang mahu kepada darurat tetapi ditolak oleh Istana.  Maksudnya, nasihat kamu tidak terpakai.  Ertikata lain, kamu wajib letak jawatan dan kembalikan semula hak rakyat yang dirampas itu.


Kamu bakal berdepan dengan pembentangan bajet pula beberapa hari lagi.  Seperti juga dengan darurat, mendepani bajet ini pun kamu mahu berlindung di tembok Istana?  Mana kekuatan dan moral kamu?  Apakah kamu lebih suka disingkirkan berbanding dengan meletakkan jawatan?  Jika ini berlaku, jangan salahkan sesiapa jika kamu mendapat aib besar nanti.  


Itulah pembalasan dari Allah apabila kamu mengambil hak orang.  Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya itu adalah satu kezaliman.  Negara ini tidak akan mendapat keberkatan dan bantuan dari Allah jika pemimpinnya rakus, tamak, sombong dan pentingkan kuasa.  Sebab itu, kamu tidak pernah dapat tidur lena walaupun telah berada di mahligai Putrajaya.  Kita lihat, sampai bila Muhyiddin mahu tunjuk keras kepalanya.  


WFAUZDIN NS



No comments: