LAGI UPDATES TERKINI : GAMBAR GAMBAR DSAI BERKEMPEN DI BEBERAPA DUN DI SABAH BERSAMA CALON PKR

 

Berkempen untuk calon KEADILAN bagi DUN Api-Api Christina Liew yang juga adalah penyandang dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Rekod beliau jelas berkhidmat untuk rakyat khususnya di Sabah. Saya gesa sokongan berterusan kepada beliau agar dapat terus berkhidmat untuk Sabah bersama rakan sekutu ke arah negeri lebih cemerlang dan berkebajikan.

 




Di DUN Tempasuk dalam rencana untuk memenangkan calon KEADILAN Mustapha Sakmud. Semua kaum dari pelbagai suku di Sabah, terutamanya di DUN Tempasuk harus dukung agenda reformasi dan perubahan.

Kita telah lihat selama berdekad lamanya hasil bumi di Sabah hanya memperkaya cukong politik di Sabah dan tidak dirasai oleh rakyat yang di bawah.

Dalam masa yang sama kita juga disibukkan dengan masalah perkauman yang hanya untuk menutup isu pokok yakni persoalan tatakelola.

Saya gesa rakyat di DUN Tempasuk untuk bangkit dan tolak politik perkauman dan rasuah. Enough is enough.

#SemuanyaUntukSabah #KEADILAN

 



Berkempen untuk calon KEADILAN untuk DUN Matunggong Sazalye Donol Abdullah yang juga merupakan antara tokoh penting KEADILAN di Sabah.

Saya bangkitkan soal hasil bumi di Sabah yang sekiranya diurus dengan baik dan jujur, rakyat akan terima manfaat.

Namun, setelah puluhan tahun, rata-rata rakyat Sabah, terutamanya di Matunggong, kekal daif. Ini mendukacitakan, namun kita harus bertindak.

Saya fikir ini masa terbaik bagi kita untuk ubah lanskap politik dan pentadbiran, dan beri kepercayaan kepada calon KEADILAN Sazalye Donol Abdullah di pilihanraya negeri kali ini.

 


Ceramah perdana bersama rakyat DUN Klias. Saya tegaskan bahawa perjuangan kita bukan untuk mengangkat mana-mana suku atau kaum sebagai ciri utama seorang pemimpin tapi apa yang mustahak adalah integriti.

Lantik yang Melayu pun ramai juga yang merompak.

Justeru saya gesa warga DUN Klias untuk mengundi Abdul Rahman Yakub atas asas prinsip dan integriti.


Di acara ceramah perdana di DUN Sook pagi tadi. Saya sebut bahawa negeri ini negeri kaya, dan tak sepatutnya rakyat hidup dalam kemiskinan.

Hasil dan khazanah negeri harus sampai kepada yang di bawah, dan ini menunjukkan betapa pentingnya tanggungjawab untuk pilih pemimpin yang baik.

Saya gesa warga DUN Sook untuk undi calon KEADILAN Raymond Ahuar kerana saya yakin beliau mampu menggalas tanggungjawab dengan baik.

 

Tiba di Kota Kinabalu dan terus menghadiri majlis pelancaran portal berita baharu The Vibes semalam.

Moga dengan adanya portal ini ia akan dapat memberi saingan yang segar kepada industri media tempatan.

Diharap ia akan terus menghidupkan demokrasi dan prinsip kebebasan media.

 

14tSdpoore mmfnsoirnelrds
 
0:00 / 22:31
33tSdpoore mmfnsoirnelrds
 
Amanat DS Anwar Ibrahim di DUN TEMPASUK

No comments: