Serangan berterusan terhadap Azmin pengkhianat dan gerombolannya
dilakukan oleh Gerak98 malam tadi di Sek 27 Shah Alam. Bertempat di Dewan
Cendana, laungan reformasi bergema oleh para pendokong reformasi yang hadir.
Saya turut hadir selaku Pengerusi Gerak98 Pahang. Objektifnya,
menentang sesiapa sahaja yang melawan agenda reformasi dan menegakkan keadilan
untuk semua kaum di negara ini. Setakat ini, tiada seorang pun yang dilihat
mampu untuk melakukan agenda ini melainkan Sdr Anwar Ibrahim. Maka, Gerak98
akan berjuang ke arah itu.
Lokasi ceramah malam tadi adalah di kawasan Parlimen Kota Raja.
Berhampiran juga dengan Parlimen Shah Alam. Dua kawasan ini adalah milik MP
dari PH yang tidak khianat seperti MP Gombak dan Ampang. Namun, Gerak98 tetap
bertandang ke mana2 sahaja untuk menyatakan betapa penting dan wajarnya kita
menjauhkan diri dari Mahathir agar fokus kita tidak terganggu di dalam
menentang pengkhianat. Cukuplah terperangkap dengan tipu daya Mahathir. Azmin
adalah pengkhianat dan manusia ini tidak pernah disentuh oleh Mahathir.
Mengembalikan mandat rakyat boleh dilakukan tanpa mengusung si saka itu.
Melaksanakan agenda reformasi bukan dengan mengheret tokoh yang terkenal dengan
anti reform sejak dulu lagi.
Gerak bermula di Taman Melewar, Gombak, Selangor pada tahun 1999
di bawah Pengerusinya Almarhum Us Fadzil Noor. Kini, Gerak98 diterajui oleh Sdr
Ezam. Sudah tentu kehebatan Almarhum Us Fadzil tidak akan mampu disaingi oleh
Ezam, namun demi perjuangan reformasi, Gerak98 harus bergerak.
Syabas, Shah Alam. Program yang hebat malam tadi. Terima kasih
kerana memberikan sedikit ruang kepada saya untuk berucap. Satu program yang
berjaya dan terbaik. Semoga perjuangan kita diberkati.
WFAUZDIN NS