SEMENTARA KES MUSA AMAN DIGUGURKAN, PENDAKWAAAN KES LIM GUAN ENG MENIMBULKAN KEHAIRANAN"



Lim Guan Eng dalam perjalanan politiknya melalui berbagai halangan dan ujian.
Beliau pernah ditahan ISA dalam usia 20-an dan dipenjarakan pada tahun 1997 serta beberapa kali lagi ditahan dalam pelbagai kes.
Saya yakin saudara Lim Guan Eng tabah menghadapi segala bentuk ujian yang dikenakan kepada beliau dalam perjuangan politik yang beliau yakini untuk memertabatkan kedaulatan undang undang dan membina kemakmuran negara.
Pendakwaan terhadap beliau adalah suatu proses biasa dalam perjalanan sistem perundangan.
Tetapi hari ini berlaku sesuatu yang meragukan apabila bekas Ketua Menteri Sabah yang didakwa dengan 46 tuduhan digugurkan kesnya serta merta tanpa dibicarakan.
Ia menimbulkan suatu kehairanan terhadap prinsip The Rules of Law di Malaysia apabila berlaku pendakwaan terpilih.
Semoga generasi akan datang berupaya menyelamatkan Malaysia dan kembali menegakkan kedaulatan undang undang dengan sebaiknya.
Mohamad Sabu
Presiden Amanah
7 Ogos 2020.


No comments: