SALAH GUNA KUASA DAN LIM GUAN ENG



Semalam Lim Guan Eng telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan pendakwaan diberitakan bermula hari ini, terkait dengan isu terowong dasar laut Pulau Pinang.

Dalam Islam, definisi asas rasuah dan salah guna kuasa pemerintahan boleh disimpul dari kisah Ibnu Al-Latbiah.

Rasulullah (SAW) telah melantik dan mewakilkan Ibnu Al-Latbiah (Abdullah Ibnu Latbiah), untuk urusan mengutip zakat dan sedekah di sebuah kawasan, kalau hari ini dalam negara Bahrain. Sebagai wakil rasmi Nabi dan Kerajaan Madinah, beliau disambut di sana, dan berbondong-bondonglah orang datang untuk menyerahkan bahagian zakat dan sedekah mereka kepada Al-Latbiah. Bahkan ada sebahagiannya yang mungkin tokoh perniagaan yang kaya, bukan hanya membayar zakat dan sedekah, tetapi juga memberi hadiah kepada Al-Latbiah. Apabila beliau pulang ke Madinah dan datang kepada Rasulullah (SAW), Al-Latbiah dengan jujurnya memberitahu Nabi: ini untuk kamu dan yang ini hadiah kepadaku (kalau beliau tidak tunjuk dan tidak memberitahu Nabi, siapa yang tahu?) Lalu Rasulullah (SAW) bangun di atas mimbar dan memuji Allah serta bersabda (Nabi bersabda di mimbar sebagai tanda ia peringatan untuk semua, bukan setakat Al-Latbiah):

“APAKAH YANG DIINGAT OLEH SEORANG `AMIL YANG KAMI LANTIK LALU DIA DATANG DAN BERKATA: INI UNTUK ENGKAU DAN YANG INI UNTUK AKU, ADAKAH SEKIRANYA DIA DUDUK DI RUMAH IBUNYA DAN BAPANYA, MAKA LIHATLAH ADAKAH AKAN DIBERI HADIAH KEPADANYA ATAU TIDAK..?"

Begitulah sikap berintegriti, kejujuran dan menolak rasuah yang diajar Nabi. Ringkasnya, jika orang memberi sesuatu kepada kita ketika kita memegang jawatan yang berkepentingan, maka kita tidak boleh menerimanya. Sebab itu Nabi bertanya, kalau kita sekadar orang biasa yang tinggal bersama ibubapa kita, adakah orang yang sama itu akan memberi kepada kita?

Lalu kepada sahabat-sahabat komrad seperjuangan dalam Parti Tindakan Demokratik (DAP), andaikata Lim Guan Eng tidak terjerumus ke dalam perlakuan seperti ini ketika menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dahulu, janganlah gundah-gulana. Andai beliau benar, kebenaran mesti diangkat, kebenaran mesti dipertahan, kebenaran mesti diperjuang! Andai beliau benar juga, kami tidak segan-silu untuk bersama MELAWAN!

Zukri Aksah
Ketua Komunikasi Nasional
Gerakan Reformasi 98 - GERAK 98

#akukeadilan #kamikeadilan #neoreformia #keadilan21tahun #lawantetaplawan #dsai4pm #reformasi98 #gerakanreformasi98 #GERAK98
Anwar Ibrahim Dr Wan Azizah Wan Ismail
Mohamad Ezam Nor
Parti Keadilan Rakyat Democratic Action Party
Pakatan Harapan

No comments: