Kenapa projek pembangunan Sri Labuan berjaya?




Projek pembanguan Perumahan DBKL telah di cadangkan sebelum PrU 2013. Di zaman YM Raja Nong Chik jadi Menteri Wilayah Persekutuan.

2. Pembangunan sama masa dengan cadangan pembangunan semula Perumahan Awam Sri Melaka, Sri Johor, Ikan Emas dan Sri Pulau Pinang di Parlimen Bdr Tun Razak.

3. Hari ini Menteri Tan Sri Anuar Musa mengumumkan secara rasmi semua penduduk yang telah menerima tawaran membeli rumah PA Sri Labuan akan berpindah kerumah baru di Razak Mas 2 secara percuma.

4. Ini di sebabkan kerana DBKL mengambil balik tanah Sri Labuan yang dibangunkan sendiri oleh DBKL dan tidak cadangan asal, bekas kawasan perumahan ini diberi pemaju sebagai timbal balas.

5. Beberapa masalah susulan yang lain, saperti kedudukan masa depan penyewa yang tidak membeli. Dan generasi kedua yang hendak membeli. Akan diatasi melalui perbincangan oleh satu jawatankuasa yang di Pengerusikan oleh Datuk Rizalman Mokhtar selaku Ketua UMNO Bahagian.

6. Persoalannya kenapa Perumahan Sri Labuan berjaya dalam pembangunan semula perumahan yang dibina hampir 40 tahun dahulu?

7. Pertama ialah tidak ada campur tangan politik. Di mana saya selaku Ketua UMNO Cawangan tidak terlibat ke depan dalam jawatankuasa pembangunannya. Tidak pernah hadir dalam perlbagai mesyuarat. Semua di serah kepada
wakil Persatuan Penduduk untuk berbincang.

Kedua, saya meminta wakil penduduk jangan berbincang soal apa rupa dan jumlah ruang meter persegi rumah hendak bangunkan.
Ketiga. Satelah dapat lukisan arkitek kaki meter perseginya baru kita bahaskan dan bincang harga rumah.

Keempat. Saya tanamkan dalam minset penduduk. Jika anda bersetuju membeli rumah ini dahulu soal pembiayaan bincang kemudiaan. Anda aka punya aset bernilai 300 ribu sebelum duduk dan salepas duduk atau tinggal akan berharga RM450 ribu.

8. Ini antara sebab kejayaan pembangunan Sri Labuan menjadi kenyataan.

9. Berbeza di tempat perumahan lain gagal dan tidak berjaya kerana campur tangan pemimpin politik dikawasan perumahan dalam perkara yang bukan kaitan denganya. Sehingga pemaju lambat membuat keputusan.

Saya berterima kasih dengan semua pihak yang terlibat khasnya Persatuan Penduduk. Ajk UMNO Cawangan Sri Labuan yang akur dengan pandangan saya dalam isu Pembangunan ini selama lima tahun.

Selamat Hari Kebangsaan ke 63.

Sang Kelembai
August 30, 2020
Kuala Lumpur.


No comments: