Check mate mak lampir...


Semua mantan Menteri PH yang buat kenyataan media pagi tadi..semua maklum dan dapat jawab dengan baik semua projek dan peruntukan dalam Kementerian depa.. padahal, Projek depa bukan lah besar..kebanyakannya projek zaman BN...malah ada program dan peruntukan itu berlaku sebelum PRU 14...

Tapi pelik Zuraida.. Zuraidah yang mana kementerian dia saja ada satu projek besar bernilai RM 170 juta.. tapi dia tak tahu menahu.. dah lah tak tahu, Direct Nego dia paling pelik..pertama bukan sebab keperluan mendesak dan bukan kerana kepakaran syarikat tersebut..

Kedua Syarikat yang diberikan Kontrak, Depa Ali baba kan projek.. jadi apa keperluan Runding terus.. ? maknanya dia pun takda kepakaran khusus.. lagi pelik Bumi Segar bagi sub-kon RM120 juta kepada Widad Group.. dalam waktu yg sama ada gambar Zuraidah bersama dalam program syarikat tersebut.. nama bumi Segar, tapi kenayakan ahli lembagan pengarahnya...

Tapi yang lebih menakutkan aku.. Masa hanya isu pengambilalihan Konsesi Tol.. antara syarikat yang buat tawaran ambil alih PLUS sebanyak RM 5.5 billion adalah syarikat Widad Business Group Sdn Bhd,  (WBG).. apakah ini syarikat yg sama ?

jika ini syarikat yang sama.. ini lebih menakutkan aku bila ada ura ura konsesi dan kadar Tol akan dinilai semula.. aku cukup takut PLUS dijual oleh Khazanah atau pemegang saham terbesarnya KWSP.. kalau terlepas..sudah hilang harapan untuk berikan tol percuma pada masa akan datang... apakah sebelum ini ada usaha PLUS ingin dijual tetapi terhalang hanya disebabkan Lim Guan Eng.. ?

Terus terang aku cakap.. Kalau bukan kerana projek direct Nego ni pun.. Bagi aku Zuradiah cukup mencurigakan dan menakutkan.. lebih mencurigakan.. Selepas penubuhan Kerajaan tebuk atap pun dia tetap mahu kekal di Kementerian yang sama..

Kementerian ini adalah kementerian dan lubuk emas bagi kelompok Kapitalis..terutama pemaju hartanah.. malah lebih teruk, ketika dilantik semula.. terrsebar gambar  Majlis Kesyukuran dan Makan Malam Meraikan Pelantikan Zuraida untuk jawatan bersama taikun Vincent Tan..

bagi aku tak kena majlis itu diraikan dengan Taikun yang terkenal dengan projek hartanah.. situ pun gambaran takda moral langsung kalau menteri berkaitan kerajaan tempatan diraikan tauke hartanah...

banyak isu terutama melibatkan Kapitalis hartanah menakutkan aku.. terutama beberapa keputusan tentang pembinaan rumah PRIMA yang terhenti.. lagi teruk tak heran kita tak nampak sampai hari ini model perumahan rakyat..

Tapi kalau diingatkan kembali dulu dulu UMNO pernah dedahkan kononnya bekas pembantunya yg duduk di PPR.. yan tak sekolah pun boleh hidup mewah dengan rumah ala Disneyland.. atau UMNO pernah dedahkan ada kereta mewah atas nama bukan Melayu digunakan zuraidah..benar atau tidak kita tak tahu.. kat situ nampak banyak benda tak kena dengan minah ni..

Apalagi dengan bongkaknya dulu depan perwakilan wanita PKR dia kata, Kalau dia tak beli kereta mewah guna AP ahli parlimen sebagai sesuatu yg bodoh.. lagi nampak memang dia ni tak boleh pakai... Tapi pelik kenapa lah PKR boleh lantik orang mcm ni jadi Ketua Wanita.. kalau tenok cara dan gaya hidup pun dah boleh kenal.... :)

Ipohmali


No comments: