PRK SLIM : APA YG ANDA NAMPAK??



1) Pertama sekali, diucapkan tahniah kpd UMNO BN kerana berjaya mengekalkan DUN Slim dgn majoriti yg semakin baik. Tidaklah mengejutkan kerana ia sudah dijangka. Ditambah pula calon Bebas bukanlah lawan sebenar di kubu BN.
2) Biarlah shbt2 yg lain mengulas secara menyeluruh keputusan PRK Slim. Mengikuti ulasan Sdr
tentang "kesan" PRK ini kpd persaingan akan datang, rata2 saya bersetuju dgn pandangan beliau. TAPI utk artikel ini, saya hanya ingin menarik perhatian pembaca tentang suatu "sisi" yg boleh memberi kesan kpd PH.
3) Saya lebih berminat menumpukan pada satu sudut pandang atau "school of thoughts" di mana rata2 anai2 PANtuk dan #K3 terlalu percayakan TAHYUL dan DONGENG kununnya PH memerlukan OT95 dan PejuWANG utk mendapat sokongan penyokong tegar mereka bg memenangi PRU15.
4) Saya tidak menolak sokongan mereka tapi masalahnya mereka yg taksub kpd OT95 TIDAK MENYOKONG PH terutama DSAI dan PKR kerana OT95 dan pejuWANG sendiri menolak DSAI dan PKR. Oleh itu tiada kerjasama. OK.. Iktiraf dulu masalah itu wujud.
5) Calon Bebas berlogo pokok rimbun yg sejak awal saya gelarkan THE KETAPANG gagal meraih undi yg memberangsangkan meskipun dia disokong allout oleh OT95, pejuWANG dan SEBAHAGIAN dari pimpinan PH. Utk makluman...DSAI tidak kelihatan berkempen utk calon ini.
6) Dengan THE KETAPANG hanya berjaya meraih 2,115 undi berbanding calon BN 13,060 di PRK Slim 2020 berbanding PRU 2018 calon BN meraih undi kurang dari itu, ini mencerminkan bahawa Tahyul dan Dongeng KUNUNnya PH memerlukan sokongan penyokong2 tegar OT95 sudah menjadi KHURAFAT..!! Kenapa?
7) Meskipun kita menjangkakan BN akan menang tapi hakikat yg ditunjukkan oleh pengundi terhadap kempen OT95, pejuWANG dan SEBAHAGIAN PH langsung TIDAK memberangsangkan. Ia menandakan rakyat tidak teruja pun dgn OT95 dan pejuWANG bila mana mereka bukan sekutu PH walau disokong oleh SEBAHAGIAN PH sekalipun.
8) Meskipun diheboh2kan dlm Page penyokong OT95 dan di wall anai2 PANtuk konon OT95 sgt Legend dan "lautan Warga DUN Slim" hadir bagi memberi sokongan sebenarnya ia "PLASTIK" dan "PELESU". Tidak semestinya mereka itu pengundi tempatan tapi mungkin bercampur bersama pelancong pilihanraya dan mereka yg curiga serta ingin tahu.
9) "Post Mortem" mungkin akan mereka lakukan nanti tapi hakikat bhwa PH "menyekutukan diri" dgn OT95 dan pejuWANG tanpa memperkuatkan kesatuan gabungan itu adalah sgt berisiko. Jika benar lebih ramai pengundi Cina dan India menyebelahi BN, ia sesuatu yg perlu dipandang serious oleh DAP dan PKR. Anai2 PANtuk juga gagal menginsafi bahawa amaran Ahli2 Akademik dan Penganalisa Politik bhwa OT95 sudah kurg popular perlu diberikan perhatian.
10) Sbb itu saya telah berkali2 menyatakan pandangan bahawa PKR, Amanah dan DAP perlu memperkukuhkan Muafakat dlm PH TERLEBIH DAHULU. Hanya selepas itu baru boleh berbincang dan memutuskan kerjasama dgn sesiapa shj yg berminat bersekutu atau adakan "Electoral Pack" dgn PH termasuklah OT95 dan pejuWANG bg menentang lawan yg sama iaitu M(B)N. PN saya anggap bakal terkubur bila Bersatu semakin mengecil angkara pejuWANG.
11) Tindakan "Desperado" dan "Desperate" #K3 mahu bekerjasama dgn OT95 dan pejuWANG TANPA memperkukuhkan PH terlebih dahulu sdg memberi kesan negatif kpd Muafakat PH. Ditambah pula masih ada PENGKHIANAT yg bermuka2 dalam PH. Lebih ironinya ada di antara mereka yg diberikan jawatan dan PH akan menghadapi pengkhianatan dari dalam. Pembersihan perlu dilakukan.
12) Masih percaya OT95 punya ramai sokongan dan tanpa dia PH akan kalah? Itu adalah KHURAFAT. Tanpa OT95, dengan usaha keras, bertawakkal pd Allah, PH masih mampu menang dgn izinNYA jika setiap parti anggotanya memberikan kerjasama dan bergerak sebagai satu unit.
Wallahualam.
- Zus Din
29 Ogos 2020


No comments: